02/02/2018
Jika Barisan Nasional Tumbang, DAP Yang Akan Kuasai Pembangkang
20:00
No comments
Atas kertas, ada nama Melayu duduk di atas sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Nama ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi “King Maker” dari belakang.
Di atas nampak nama Melayu tetapi isinya penuh dengan nama nama DAP. Itulah pakatan pembangkang, pakatan yang diketuai dan dipimpin oleh DAP sepenuhnya. Barisan kabinet bayangan penuh dengan nama nama DAP.
Belum pun pilihanraya diadakan, Melayu yang ada dalam pembangkang sudah pun dipermainkan oleh DAP. Sedar atau tidak, kejadian yang berlaku di Negeri Sembilan minggu lepas adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.
Di Negeri Sembilan pembangkang jadi kecoh. Laungan “boikot”, “mana hak kami” dan “tak adil” diluahkan oleh mereka terhadap Wan Azizah dan Mukhriz. Mereka dakwa parti bunga ada 6,000 ahil di Negeri Sembilan tetapi hanya dapat 6 kerusi sahaja.
Berbanding PAN yang ada 500 orang ahli dapat 7 kerusi dan PKR yang dikatakan ada 10,000 orang ahli dapat 12 kerusi DUN. Itulah dakwaan yang dibuat oleh Mohd Sharul Anuar, Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan.
Ini bukan kali pertama parti bunga di Negeri Sembilan bergolak. Sebelum ini pun, banyak sudah berlaku pergaduhan dalam PPBM di negeri tersebut. 6 April 2017, 500 ahli PPBM Rembau telah keluar parti. 19 April 2017, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Cikgu Kamarul pun keluar parti bersama 821 orang ahli parti bunga yang lain.
Keretakan dalam PPBM di Negeri Sembilan hanya menanti belah sahaja. Agihan kerusi ini adalah bukti jelas pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah dikuasai oleh DAP. Lihatlah bagaimana Wan Azizah yang dilantik sebagai Presiden Pakatan Harapan terus lari keluar dewan dan tidak boleh berbuat apa apa.
DAP yang dapat kerusi yang banyak iaitu 11 kerusi DUN, 11 kerusi itu jugalah yang DAP menang sekarang dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan. Maknanya, kerusi DAP tetap milik DAP. DAP tidak beri pun kepada mana mana rakan mereka dalam pembangkang.
Di Perak pun begitu juga, 25 Januari 2018, dalam Sinar Harian, Ketua Pemuda DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Canning, Wong Kah Woh berkata DAP mahu menguasai negeri Perak. Dalam Dewan Undangan Negeri Perak sekarang, DAP ada 18 kerusi daripada 24 kerusi pembangkang. Bermakna 75% pembangkang di Perak adalah DAP.
Mengikut analisa yang dibuat oleh Dr Kamarul Yusuf dari UUM, DAP Perak sasar mahu rampas 32 kerusi. Jika itu pembangkang berjaya kuasai Perak, maka komposisi kerajaan yang naik di Perak jika Barisan Nasional tumbang adalah seperti berikut :
22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.
10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari AMANAH.
(2) 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.
Kerajaan yang naik ini adalah kerajaan negeri DAP. Orang Perak sudah pernah merasa sekali detik hitam bila Barisan Nasional tumbang. Melayu dipergunakan sebagai boneka DAP untuk menjadi Menteri Besar. Di kiri dan kanan Nizar, diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dari DAP.
Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali. Duit kajian terowong yang berjuta juta lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung.
Mahukah rakyat Negeri Sembilan, Perak dan Johor melihat apa terjadi di Pulau Pinang ini berlaku di negeri mereka? Janji yang ditabur masa mengundi tidak dibuat. Rakan rakan pembangkang seperti PAS diterajang keluar begitu sahaja sesudah DAP mendapat kuasa.
Sama juga agihan kerusi di peringkat pusat, DAP tanding 37 kerusi, semuanya di tempat DAP. Tidak satu pun kerusi selamat DAP diberikan kepada PAN, PKR atau PPBM. Semasa umum di Konvensyen Pakatan, DAP hanya umum kerusi kerusi untuk Semenanjung Malaysia sahaja, belum termasuk Sabah dan Sarawak.
Jika dikira balik satu persatu, baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak akan dikuasai DAP. Oleh itu secara keseluruhannya, agihan kerusi pembangkang adalah seperti berikut :
1) DAP (gabungan DAP & PAN) - 71 kerusi
2) PKR - 70 kerusi
3) PPBM - 52 kerusi
4) PAN - 27 kerusi
4) Warisan - 2 kerusi
Jumlahnya adalah 222 kerusi. Siapa akan menang banyak kalau rakyat Malaysia mengundi pembangkang? Sudah tentu DAP akan menang banyak. Kalau pembangkang rampas Putrajaya, DAP yang akan jadi paling berkuasa.
Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, Superman DAP cakap. "Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi” kata Hew. DAP hanya mahu “screw” Melayu sahaja. Jika tumbang Barisan Nasional, DAP yang akan kuasai pembangkang.
Sebagai orang Melayu yang sedar dan tahu apa agenda DAP ini, jangan sekali kali kita benarkan impian “Malaysian Malaysia’ ini tercapai. Jangan benarkan Barisan Nasional tumbang, ayuh bersama sama jadikan BN parti yang menang.
K7L : Bukan hanya satu momokan..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
February
(112)
- Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang M...
- Klinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksan...
- Mahathir Pertikai Orang Lain Tapi Kuda Dia Makan L...
- Untuk Macai Bunga Yang Bukan Lagi Ahli UMNO Tapi M...
- Video - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar
- Kenapa Kaum Cina Tidak Suka MCA Dan BN?
- Siapa Sebenarnya Mahathir Yang Dilabel Diktaktor?
- Video - Untuk Kaum Wanita Di Malaysia!
- Viral - MBSA Lepaskan Stadium Shah Alam Kepada Sya...
- Ini Fakta Yang Rafizi Sembunyikan Tentang BR1M?
- Srikandi PPBM Rela Dipecat Sebab Tak Puas Hati Den...
- BN Tepati Janji PRU13 - 97.6% Terlaksana
- Video - Azmin Lari Ke Luar Negara Selepas Video In...
- Rakyat Selangor Rindukan Zaman Kerajaan Barisan Na...
- Antara MCA Dan DAP, Siapa Perlu Orang Melayu Pilih
- Terdesak Ke Putrajaya, Logo Roket Akan Diguna Sete...
- MP Segambut Tunjuk Kebodohan Bila Minta Tolak Naji...
- Hapuskan Tol : Janji BN Lebih Realistik, Janji Pem...
- Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pemb...
- Ada Pemimpin PKR Akui PH Takkan Menang PRU14?
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Merosot Selepas Pe...
- Pakatan Harapan Tidak Mampu Tunaikan Semua Janji! ...
- Tenaga Buruh Yang Mampan - Ini Yang Rafizi Takut D...
- Mahathir Kemaruk Kuasa - Comeback Of Mahafiraun!
- Amirudin - Rakyat Tanya Mana Duit #StrongestManMal...
- Skandal Tanah Ijok - Kerusi MB Azmin Makin Tenat?
- Azmin Tidak Boleh Diam Lagi - Perlu Jawab Dalam #D...
- Prof Agus Jadi Mangsa Fitnah Pembangkang?
- Indoktrinasi DAP Berjaya, PAN Tidak Peduli Anjing ...
- DAP Akan Laksana GST Ikut Singapura Jika Perintah ...
- Singapura Umum Bantuan Kewangan Sama Macam BR1M?
- Video! Pengumuman Kenaikan GST Kepada 9%!
- Sampai Ke Amerika Syarikat, Mahathir Mahu Kutip Derma
- Video Mahathir Cakap Pasal Orang Keluar UMNO! Waji...
- Top Dog Sebenar Pakatan Dah Mula Tunjuk Belang!
- Ketua Wanita UMNO Jumpa Diplomat Israel? #PakatanT...
- Diplomat Israel: Malaysia Tiada Pilihan
- Kit Siang Kena Halau, Signal Rakyat Tolak Pemimpin...
- Mukhriz Samakan Derma PPBM Macam Derma UMNO Minta ...
- Pengarah Komunikasi PKR Patut Tahu Yang Sokong Isr...
- Hal Rumah - Beza Pembangkang Dengan Kerajaan BN?
- Muhyiddin Mengaku Komplot Jatuhkan Najib? - Ingin ...
- Ramasamy Dari DAP Jumpa Puak Pemisah India Di Chen...
- Anjing Gila Yang Terlepas Di Tahun Anjing - @razla...
- Tolong Derma Pada PPBM - Kata Seorang Jutawan Yang...
- Duit KWSP Tidak Hilang, Yang Hilang Adalah Otak Pe...
- Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma...
- Kronologi Hubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad Dengan...
- Bila Minyak Turun, Ekonomi Terus Baik Mulalah Data...
- Ekonomi Malaysia Teruk? - Inilah Berita Yang Pemba...
- Kadar Levi Dan Tol Laluan Kedua Turun!
- Isu Tanah Ijok Di Selangor - Azmin Gelabah Lagi?
- Anak Raja Petra Sound Izzah Pasal Anwar Dan Rafizi?
- Kalau Tak Suka Negara Ini Sila Berambus Dan Dudukl...
- Politik Mesin Padi DAP Dihalau & Ditolak Oleh Rakyat
- Di Mana Kerusi Mahathir Pada PRU14?
- Rumah Rakyat Dibatal, Pasukan Bola Disuruh Main At...
- Azmin Kata Iraq Tak Ada Padang Boleh Main Bola #Ke...
- Pakatan Harapan Mahu Jadikan PRU14 Paling Kotor
- Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang...
- Video - Pesanan Mahathir Buat Rafizi Yang Bersalah...
- Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengk...
- Selangor Akan Dapat Balik Stadium Shah Alam Jika B...
- Biasiswa Kecil Persekutuan - Terima Kasih Kerajaan...
- Kisah Rafizi Dan Fitnah Terbaru Terhadap Felda!
- Mahathir Takut Bila Bank Dunia Yakin Dengan Dasar ...
- Gaji Sebulan RM3000 Tetapi Bayar GST RM2160 Setahun?
- Pemimpin Amanah & PPBM Gelar PAS "PIGS"?
- Soalan-Jawapan Tentang Kes Rafizi Yang Dipenjara 3...
- DAP Buktikan Mereka Ketua Pembangkang Malaysia?
- #RinduZamanMahathir - Tol Lintasan Kedua Malaysia-...
- Bank Negara Beli Tanah RM2 Billion Untuk Selamatka...
- Apa Kata PM Tentang Undi Rosak?
- @CQ_Rain Berkenaan Kenaikan Cukai Taksir - Part 2
- Pembangkang Hidup Dengan Cerita Palsu Bukan Dengan...
- Mula 6 Bulan Sekarang 2 Tahun - #MahathirNoPM
- Kenapa Azmin Ali Tidak Tandatangan Ikrar Bebas Ras...
- Video - Azmin Ali Suruh Mahathir Duduk Diam-Diam!
- Segalanya Naik Di Selangor! - Inilah Hadiah Untuk ...
- Kasihan Anwar Ibrahim Berangan Perlu Tunggu Tahun ...
- Usaha Kerajaan Dalam Merancakkan Pemilikan Rumah U...
- @IshamJalil @CQ_Rain Cukai Naik 400%! Selangor Mak...
- Cerpen Pilihan: '02' Tulen Vs '02' Celup - Kisah O...
- 2018 - Tahun Kejayaan Buat Barisan Nasional!
- Pilih Kerajaan Yang Jaga Rakyat, Bukannya Parti Ya...
- KDNK Kukuh Tetapi Rakyat Tiada Duit - Fakta Atau A...
- Gandingan Sultan Muhammad V Dan Najib Razak Terbai...
- Muak Dengan Skandal Guan Eng, BN Dijangka Menang 2...
- BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gad...
- 5 Matawang Asia Dengan Prestasi Baik Januari 2018!
- Gaduh Rebut Kerusi Bukti Pakatan Tidak Berpakat!
- Tarikh Pembayaran BR1M 2018
- Arab Saudi Kejam Laksanakan 5% VAT Yang Mirip GST?
- Insentif Pakatan Harapan Satu Lagi Janji Bohong Da...
- Dram Penuh Tragis Pakatan Selangor - PKR Dan PAN R...
- Recycle Fitnah - Pakatan Makin Terdesak!
- Mahathir Sudah Terdesak Mula Pancing Undi Wanita Pula
- Azmin Ali Serang Amanah Tidak Amanah?
- Puak Pakatan Sebar Fitnah - Yang Percaya Itu Bodoh...
- PAN Tuduh PKR Selangor Pujuk PAS Untuk Kekal Berku...
-
▼
February
(112)
0 ulasan:
Post a Comment