10/02/2018

@CQ_Rain Berkenaan Kenaikan Cukai Taksir - Part 2



1. Alhamdulillah, ada respon positif dan ada juga yang bersifat negatif. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang ambil berat tentang isu ini.

2. Kita juga ucapkan terima kasih kepada pihak majlis yang memberi respon pantas dengan memanggil sidang media pada Selasa, 6hb Februari 2018 jam 4:30 petang.

3. Ingin saya nyatakan - bahawa akan tetap berpegang pada kenyataan saya terdahulu dipautan

Kenaikan Cukai Taksir Part 1

4. Sekali lagi perlu saya ingatkan bahawa ini adalah isu rakyat (walaupun ada juga pihak yang cuba ambil kesempatan untuk mempolitikkan isu ini).

5. Terbaharu, petang tadi, ada pihak yang datang dan mengadu tentang kenaikan kadar sewa premis majlis berkali ganda, dan ada yang mengadu berkenaan tiada notis penamatan sewaan mereka.

6. Saya juga ada terima pendapat ramai yang menyarankan agar diadakan sesi dialog di antara pihak majlis dan rakyat.

7. Saya kira, saranan diadakan dialog antara rakyat dan majlis di atas adalah jalan terbaik menyelesaikan kemelut atau kekeliruan berkenaan isu ini serta lain-lain isu yang terpendam lama dalam hati mereka.

8. Justeru, kita menyambut baik pihak majlis untuk bertemu dan berdialog dengan rakyat dari taman-taman dalam kawasan Dun Sijangkang ini.

9. Mungkin Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang atau Dewan Wawasan Kg Medan sesuai bagi diadakan majlis ini mengambil konsep "lautan biru" (NBOS) yang lebih mesra rakyat.

10. Semoga dengan cara ini, akan dapat meleraikan isu-isu berkaitan dan mengeratkan silaturrahim antara rakyat dan pihak majlis.

Wallahuaklam.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk