12/02/2018

Mahathir Takut Bila Bank Dunia Yakin Dengan Dasar Ekonomi Malaysia



Dasar yang diamalkan Malaysia mampu mengekalkan kemampanan ekonomi negara dan berkembang pada kadar yang positif, demikian menurut Kumpulan Bank Dunia.

Malaysia berada pada kedudukan kukuh dan akan meneruskan momentum pertumbuhan memberangsangkan pada masa depan.

Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh, disokong oleh kepelbagaian ekonomi, pembaharuan dalam inisiatif dan rangka dasar makroekonomi yang mantap yang mana akan menjadi penampan kepada cabaran luaran.

Langkah Malaysia mempelbagaikan ekonomi jelas membantu negara ini mencorak ekonomi, selain pelbagai inisiatif kerajaan yang dilaksanakan memacu pertumbuhan seperti dijangka.

Jika dibandingkan dengan 20 tahun lalu, kepelbagaian ekonomi Malaysia sangat jelas di mana ia menjadikan asas dan makroekonomi yang kukuh. Sehubungan itu, mereka menjangkakan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia amat tinggi.

Ekonomi Malaysia juga berkembang dengan baik, kita menjangkakan kadar pertumbuhan sebenar pada 2017 berkemungkinan akan lebih baik berbanding 2016.

Pertumbuhan ekonomi yang positif juga selaras dengan jangkaan Bank Dunia bagi ekonomi negara baharu muncul dan ekonomi membangun (EMDE) iaitu tumbuh 4.5% tahun ini dan 4.7% pada 2019.

Ekonomi Malaysia pada tiga suku pertama 2017 mempamerkan prestasi lebih baik daripada dijangkakan dengan Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) sebenar masing-masing berkembang pada 5.6%, 5.8% dan 6.2%.

Bulan lalu, Bank Dunia dalam laporan Prospek Ekonomi Global berkata, KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 5.2% tahun ini.

Laporan itu memberi penekanan supaya semua ekonomi bersedia menghadapi pengulangan krisis ekonomi dan kemelesetan global dengan melaksanakan dasar yang perlu bagi mengurangkan impak.

"Kemelesetan ekonomi tidak akan berlaku dalam masa terdekat, namun persediaan untuk menghadapinya seharusnya dilaksanakan bagi memastikan sistem kewangan kekal mampan dan dasar yang dipraktikkan juga mampu merangsang ekonomi jika krisis berlaku." - Ayhan Kose (Bank Dunia)

#BangkitlahNegaraKu 

K7L : Ini orang tak mahu dengar sebab benda baik.. bodoh..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk