03/02/2018

Seorang Jeneral Perang Mati Dibunuh Akibat Berita Palsu!



1. 50 tahun lalu (1 Februari 1968), akhbar New York Times memaparkan satu gambar paling ikonik Perang Vietnam. Jurugambar Eddie Adams memenangi Hadiah Pulitzer, hadiah paling berprestij dalam dunia kewartawanan US kerana gambat tersebut.

2. Gambar ini menunjukkan seorang pegawai polis Vietnam Selatan (Nguyen Ngoc Loan) menembak anggota Viet Cong (Nguyen Van Lem) di kepalanya. Ketika itu, US membantu Vietnam Selatan memerangi Viet Cong, iaitu gerila komunis.

3. Gambar ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Reaksi orang ramai adalah "kejamnya!" "jahatnya Vietnam Selatan!" "zalimnya tindakan mereka terhadap orang awam!" "inikah negara yang kita sokong?" Gambar ini antara pemangkin sentimen anti-Perang Vietnam di US, dan US akhirnya berundur daripada Vietnam pada tahun 1973.

4. Tapi gambar itu tidak menceritakan kejadian sebenar: Lem (Viet Cong) telah membunuh sahabat baik dan pegawai bawahan Loan iaitu Nguyen Tuan serta sekeluarganya, termasuk isterinya, 6 anaknya dan ibunya yang berumur 80 tahun. Kesemuanya disembelih dengan kejam. Loan memilih untuk membunuh Lem dengan tangan sendiri untuk membalas dendam bagi Tuan. Apa yang gagal dirakam oleh Adams ialah air mata Loan mengenang pengorbanan sahabatnya.

5. Namun satu dunia menghukum Loan sebagai "penjahat" dan "penjenayah perang". Selepas Vietnam Selatan ditawan, Loan berhijrah ke US. Di situ beliau didiskriminasi dan diganggu akibat persepsi negatif orang ramai.

6. Selepas mengetahui cerita yang sebenar, Adams amat kesal dengan tindakannya. Adams telah memohon maaf sebelum Loan meninggal dunia pada tahun 1998. Dalam eulogi Adam untuk Loan dalam majalah Time, Adams mengatakan: "Two people died in that photograph: the recipient of the bullet and and General Nguyen Ngoc Loan. The general killed the Viet Cong. I killed the general with my camera". Katanya, "Photographs do lie, even without manipulation. They are only half-truths. What the photograph didn’t say was, what would you do if you were the general at that time and place on that hot day…"

7. Adams telah MENZALIMI Loan dengan satu gambar yang tidak menjelaskan cerita sebenar. Hari ini, KEZALIMAN yang sama berlaku apabila BERITA PALSU DISEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL. Ingatlah pesan Allah swt; “Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat:6]

K7L : Sebab itu bukan semua gambar pembangkang bagi itu betul!.. banyak fitnah!...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk