11/02/2018

#RinduZamanMahathir - Tol Lintasan Kedua Malaysia-Singapura Turun Harga?



Rindu Zaman Mahathir : Tol Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dikurangkan 47% - 82% Untuk Elak Kesesakan Tambak Johor

1. Linkedua atau Second Link ke Singapura merupakan cadangan daripada Kumpulan UEM yang semua ketahui merupakan kroni Mahathir (sekarang bertaraf swasta) diluluskan pada tahun 1993 di mana 'Bapa Tol Negara' memberikan syarikat berkenaan konsesi tol selama 30 tahun sehingga 2023.

2. Ia berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 , dan konsesi tol berkenaan dibenarkan untuk dinaikkan setiap 5 tahun sebanyak 25%. 

3. Bagaimanapun, berpunca daripada rungutan mengenai kesesakan trafik dan harga tol yang semakin tinggi, kerajaan di bawah Bapa Tol Negara dan kumpulan UEM kemudian memeterai Perjanjian Konsesi Tambahan pada 20 Mei 2000, menyaksikan penurunan bagi kenaikan harga tol tetapi tempoh konsesi di lanjutkan sehingga 31 Disember, 2038.

4. Sejak dibuka pada 1998, kadar tol Linkedua meningkat pada tahun 2002, 2005 dan 2008. Namun begitu, sejak Najib menjadi PM pada tahun 2009, beliau berusaha mengurangkan arus trafik sesak di Tambak pertama, tol Linkedua telah diturunkan hingga 30%. Bagi kereta, kadar tol turun dari RM10.80 ke RM7.20.

5. Singapura yang juga turut mengutip tol di pintu masuk mereka telah menyelaraskan kadar harga tol mengikut kadar tol Malaysia di mana kadar tol turun dengan mendadak. Tol untuk kereta berkurang dari S$ 4.60 ke S$ 3.20.

6. Kini, PM Najib mengumumkan kadar tol Linkedua akan dikurangkan lagi pada waktu puncak (10 pagi & 3 petang dan 11 malam & 5 pagi) mulai 13 Februari, dalam usaha mengurangkan kesesakan di tambak utama, dan pada masa yang sama satu usaha mengelakkan kesesakan di waktu puncak pada tambak kedua.

7. Caj tol di LinkKedua akan dikurangkan antara 47% dan 82% bergantung kepada jenis kelas kenderaan. Bagi kereta, kadar tol semasa akan diturunkan dari RM7.20 kepada RM4.00.

8. Singapura juga mengikut jejak langkah Malaysia dan mengurangkan kadar tol mereka semasa waktu kemuncak. Tol kereta turun dari S$ 3.20 hingga S$ 1.30. Ini bermakna perjalanan sehala untuk kereta yang selalunya mencecah RM49.20 pada tahun 2008 , kini hanya sebanyak RM15.80 - 70% lebih murah!

9. Bahkan, kadar tol ketika ini jauh lebih murah jika dibandingkan kadar tol sejak 1998 - 20 tahun yang lalu. Bukan itu sahaja, kenderaan berat yang selalunya dikenakan hampir RM200 setiap perjalanan, kini akan turun kepada RM50 sahaja.

10. Langkah ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan trafik di tambak pertama dimana rutin mereka yang bangun seawal 3 pagi untuk mengelakkan kesesakan, sudah pasti dapat menarik nafas lega kerana tidak akan terjebak dalam kesesakan di tambak, di samping peningkatan aliran pelancong ke Malaysia juga turut berlaku serta ia juga mengurangkan kos pengangkutan secara drastik antara Singapura dan Malaysia - secara tidak langsung ia mengurangkan kos barangan untuk kedua-dua negara.

11. Usaha kerajaan mengambil alih PLUS Highways Bhd (yang juga memiliki Linkedua sekarang) pada 2011 dan mencapai  kesepakatan dalam perundingan untuk perjanjian lalu, Najib terus menghapuskan dan mengurangkan kadar tol yang tidak munasabah dalam usaha membetulkan masalah legasi Mahathir yang lalu.

K7L : Semalam lalu tak ada tol Batu Tiga dan Sg Rasau,, jimat banyak...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk