16/02/2018

Ekonomi Malaysia Teruk? - Inilah Berita Yang Pembangkang Nak Dengar!



PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU KEEMPAT 2017

Ekonomi Malaysia meningkat 5.9% pada suku keempat 2017 

Permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhanekonomi negara, dengan sokongan yang berterusan daripada sektor luaran. Dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi terus berkembang, kecuali sektor perlombongan. 


Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi negara berkembang sebanyak 0.9% (S3 2017: 1.8%). Bagi tahun 2017 secara keseluruhan, ekonomi negara meningkat sebanyak 5.9% (2016:

4.2%). Inflasi keseluruhan menurun sedikit kepada 3.5% pada suku keempat

2017 (S3 2017: 3.6%), disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih rendah dalam kategori perumahan, air, elektrik dan gas serta pengangkutan. Bagi

tahun 2017 secara keseluruhan, purata inflasi ialah 3.7% (2016: 2.1%).

Kestabilan kewangan terpelihara


Pasaran kewangan domestik secara keseluruhan mengalami turun naik yang lebih rendah di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Institusi kewangan domestik mengekalkan kualiti aset dan tahap keberuntungan yang kukuh. Secara agregat, sektor perniagaan dan isi rumah

terus menunjukkan kemampuan yang kukuh untuk membayar balik hutang. Keadaan kredit dalam sistem perbankan domestik kekal kondusif untuk

menyokong aktiviti ekonomi benar, dan peminjam yang layak terus mendapat akses kepada pembiayaan

Ekonomi Malaysia dijangka kekal menggalakkan pada tahun 2018


Pertumbuhan ekonomi dijangka terus menggalakkan pada tahun 2018, dengan permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. Jangkaan bahawa kadar pertumbuhan global akan menjadi lebih pantas terus memberikan manfaat kepada eksport Malaysia, sekali gus menghasilkan limpahan positif terhadap kegiatan ekonomi dalam negeri. 

Inflasi keseluruhan dijangka menjadi sederhana pada tahun 2018, mencerminkan kesan faktor kos global yang lebih kecil serta ringgit yang lebih kukuh berbanding dengan tahun 2017. 

Tekanan menaik yang wujud berikutan keadaan permintaan yang teguh akan dibendung oleh kapasiti lebihan dalam

pasaran pekerja di samping pelaburan yang berterusan untuk pengembangan kapasiti pengeluaran. Walau bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan akan terus dipengaruhi oleh trend harga minyak dunia yang masih amat tidak menentu.

Bank Negara Malaysia juga ingin mengetengahkan dua isu. Pertama –‘Rumah Mampu Milik: Cabaran dan Langkah Ke Hadapan’ – yang mengupas dengan lebih lanjut beberapa cadangan dasar sebagai langkah ke hadapan bagi menangani cabaran-cabaran berkaitan dengan isu rumah mampu milik, untuk perbincangan umum. 

Kedua – ‘Application Programming Interface(API) Terbuka: Suatu Revolusi Kewangan’ – yang memberikan pencerahan mengenai penggunaan API Terbuka dalam perkhidmatan kewangan, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan baharu yang boleh ditawarkan melalui API Terbuka dan beberapa isu berkaitan, dengan tumpuan khusus pada penggunaan API Terbuka dalam sektor kewangan di Malaysia.

Bank Negara Malaysia
14 Februari 2018

K7L : Ekonomi kita baik sahaja.. siapa yang pandai kata nak bankrap?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk