04/02/2018

Azmin Ali Serang Amanah Tidak Amanah?



Untuk sekian lama Pakatan Harapan Selangor cuba untuk membohongi rakyat kononnya pakatan itu bersatu hati dan bersepasukan, hari ini temberang mereka terbongkar juga. Dan ianya tiada kena mengena dengan UMNO atau BN tetapi pertelagahan sesama sendiri dalam pakatan yang sudah tidak ada harapan itu.

Terbaru, laporan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Mohamed Azmin Ali yang menempelak PAN, parti serpihan PAS kerana berbohong dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk sedangkan jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak 4 kali. 

Ironinya, Azmin Ali secara tidak langsung turut menempelak Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berkata jawatankuasa khas rundingan kerusi PH akan ditubuhkan? malah menurutnya lagi tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.

"Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan 4 parti ini.

"Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

"(Jadi) mereka menamakannya sebagai 'jawatankuasa rundingan kerusi'. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama," dakwa beliau.

Azmin turut mendakwa 'lebih 80%' kerusi telahpun diputuskan setakat ini. Bagaimanapun, kenyataan Azmin Ali itu diragui kerana media pembangkang melaporkan bahawa PAN, DAP dan PPBM enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

Maksudnya, Azmin Ali pun berbohong dan tidak amanah? Maka timbul satu lagi persoalan, apakah benar jangka hayat Azmin Ali sebagai Menteri Besar sudah tidak panjang lagi? Bukan sahaja disebabkan isu terbaru ini tetapi Azmin turut bergantung kepada sokongan ADUN-ADUN parti PAS yang masih lagi terlibat dalam kerajaan PKR negeri.

Malah, kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara PAS, PH dan BN di Selangor akan merunsingkan lagi Azmin. Jelas bahawa PH semakin bercelaru, bergaduh sesama sendiri dan segalanya ini sudah pasti menambah keyakinan rakyat untuk menolak pakatan yang sudah tidak harapan ini.

K7L : Habislahhhh.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk