Rakyat sudah mulai muak dengan temberang dan penipuan demi penipuan yang dilakukan Guan Eng. Rumah dibeli murah salahkan tiada kolam.
Banjir kilat berlaku disalahkan taufan. Tanah runtuh salahkan kontraktor. Kilang haram salahkan kerajaan terdahulu. Kajian terowong salahkan JKR.
Ini cara Guan Eng putar belit. Lama lama rakyat muak. Rakyat bukan bodoh macam dulu lagi. Mereka sudah tahu menilai.
Lihatlah bagaimana takutnya pembangkang di Pulau Pinang. Enggan umumkan agihan kerusi secara terbuka masa konvensyen. Mereka sudah goyang, takut ada orang protes.
Mana tidak goyang, yang hadir dalam konvensyen Pakatan Harapan hanya 300 orang sahaja, PAS buat ceramah di Kubang Semang lagi ramai. Lima ribu orang hadir.
Oleh kerana itulah, Wan Azizah pun takut hendak tanding di Permatang Pauh lagi, mahu cabut lari ke Bandar Tun Razak.
Selama ini DAP dan PKR menang di Pulau Pinang dengan bantuan PAS. Orang PAS yang jadi jentera gantung bendera dan kempen untuk dapatkan undi orang Melayu di tempat DAP dan PKR tanding.
Bila PAS diterajang keluar oleh DAP, berkuburlah usaha PAS selama dua penggal di Pulau Pinang. PAN diambil dan diberi gaji oleh DAP untuk melawan PAS balik.
Namun PAN tidak sekuat PAS. Biarpun Mat Sabu diberi gaji RM15,000 sebulan dan Saifuddin Nasuiton RM10,000 sebulan namun gagal tandingi kekuatan jentera PAS.
Hadi Awang dalam ceramahnya di Kubang Semang secara terbuka telah umum bahawa PAS akan tanding di 20 kerusi DUN.
Pada 31 Julai 2016, Guan Eng pernah "gempaq" hendak buat pilihanraya kecil di Pulau Pinang. Namun selepas itu, Guan Eng tidak berani buat pilihanraya kecil untuk memilih Ketua Menteri baru di Pulau Pinang.
Guan Eng takut kalah. Tahun lepas, Yang Shan Yung, kolumnis di Oriental Daily berkata, kegagalan DAP dalam Projek Tanjung 2 dan Tanjung 3, masing-masing pada Pilihan Raya Umum tahun 1990 dan tahun 1995 menunjukkan Gerakan mampu menongkah arus jika parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menggunakan strategi yang betul.
“Dengan melihat semula sejarah, adakah DAP masih berdegil dan menganggap ia boleh memenangi pilihanraya secara mudah seperti dalam tahun 2008 dan tahun 2013?” tanya Shan Yung.
Penulis itu mengingatkan bahawa sokongan pengundi adalah berubah-ubah dan Gerakan boleh ‘memadam api’ dan DAP juga boleh jadi ditenggelamkan semalaman.
“Yang malangnya, parti yang menang pilihan raya melalui tsunami politik ini telah mengabaikan suara hati rakyat dan meletakkan diri sebagai tuhan.
“Mereka mewujudkan musuh di merata-rata tempat termasuk dalam parti sendiri, dalam kalangan rakan pakatan, media, penulis dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.
Kedudukan sekarang, DAP ada 19 kerusi, PKR ada 10 kerusi, BN ada 10 kerusi dan PAS satu kerusi. Dalam konvensyen PH di Pulau Pinang dua hari lepas, pembangkang takut hendak umum agihan kerusi yang bakal ditandingi oleh PPBM dan PAN.
Kalau umum sudah tentu akan ada orang naik atas kerusi protes dan jerit "boikot" macam di Negeri Sembilan. Dijangka 5 atau 6 kerusi menjadi rebutan PAN dan PPBM. DAP tidak akan beri kerusi mereka.
PKR pula khabarnya sudah naik angin kerana perlu derma kerusi pada PPBM.
DAP tengok sahaja Melayu dalam PPBM berebut dengan Melayu dalam PKR dan PAN. Tepuk tanganlah DAP. Inilah yang DAP mahukan. "Screw" Melayu untuk dapatkan undi.
Lepas dapat undi, terajanglah seperti mana yang pernah dibuat kepada PAS. Dua kali mengundi sudah kena, kali ketiga mungkin sudah tahu. DAP boleh tumbang di Pulau Pinang sebagaimana yang disebut Yang Shan Yung.
Guan Eng kena ingat, ahli UMNO naik dengan mendadak sehingga 35 peratus, ahli PAS juga naik 30 peratus. Petunjuk pengundi Melayu juga bertambah 9% berbanding PRU13 yang lalu menjadi 44%.
Berapa ramai ahli PPBM dan PAN? Jumlah keahlian pun takut hendak umum. Mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat.
Paling menakutkan Guan Eng, 18 DUN di negeri itu majoritinya adalah pengundi Melayu. PKR mungkin hilang semua kerusi jika PAS masuk di semua kawasan ini.
DAP pula boleh hilang hingga 7 kerusi. Di DUN Tanjung Bungah dan Jawi ramai bekas ahli DAP yang sudah terpedaya dengan Guan Eng.
Secara keseluruhannya, BN dijangka menang 20 kerusi Pulau Pinang pada PRU14. Kerajaan Pulau Pinang akan tergantung. DUN Sungai Acheh mungkin jadi penentu.
Tidak mustahil, Guan Eng dan DAP tersungkur. Rakyat Pulau Pinang mahu ajar keangkuhan DAP dan sikap temberang Guan Eng. Pakatan Harapan sudah goyang kali ini di Pulau Pinang.
Rakyat Pulau Pinang bangkit dalam diam memprotes DAP yang penuh rasuah dan skandal. Rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan semua skandal Guan Eng.
K7L : BN for Penang!.. BN with Malaysia!..
0 ulasan:
Post a Comment