Antara tips kenal peragut dan cara elak diragut
Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
* Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
* Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Bagaimana ia boleh berlaku:
* Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
* Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
* Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
* Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
* Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
Langkah-langkah keselamatan dari diragut:
* Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
* Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
* Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
* Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
* Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
* Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
* Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
* Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.
K7L : Kita kena selamat...
0 ulasan:
Post a Comment