15/02/2018

Politik Mesin Padi DAP Dihalau & Ditolak Oleh Rakyat



Umpama mesin padi, bila menuai sahaja barulah nampak muka. Kalau bukan musim menuai batang hidung langsung tidak nampak. 

Samalah seperti parti DAP, masa hendak dekat pilihanraya barulah nampak muka. Padahal lima tahun sebelum itu menjadi "orang hilang" di kawasan. 

Baru-baru ini, Lim Kit Siang telah dihalau oleh kira-kira 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru ketika beliau mahu memberikan ceramah bagi menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Susulan itu, pemimpin pembangkang apa lagi, mulalah menyalahkan UMNO kononnya ia adalah perbuatan ahli parti berkenaan. 

Antara yang lantang menuduh UMNO bertanggungjawab ialah presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan ahli Parlimen Pagoh. Kemenangan beliau di Pagoh dulu pun adalah atas tiket UMNO.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada insiden halau itu ialah rakyat sebenarnya menolak parti DAP yang umpama mesin padi. Mesin padi hanya berfungsi pada masa tertentu sahaja, jika tidak ia hanya disimpan di dalam bangsal sahaja.

Dalam kes ini, jika ada pemimpin DAP yang turun ke kawasan anda, itu tandanya pilihan raya sudah semakin dekat.

Jika tidak jangankan muka, bayangnya pun tak nampak. Itulah sebabnya penduduk menolak Kit Siang. DAP menyangka mereka diterima oleh penduduk di Johor dan mula berangan bahawa negeri itu akan jatuh ke tangan DAP pada PRU nanti.

Namun melihat bagaimana Kit Siang dihalau, nampaknya niat untuk merampas Johor hanya tinggal angan-angan mat jenin sahajalah. Jika DAP dan Pakatan Harapan (PH) begitu kuat di negeri itu, kenapa beliau dihalau? 

Ikut logiknya jika PH berpengaruh di situ, kedatangan Kit Siang dan pemimpin PH yang lain di situ sudah disambut dengan karpet merah. Atau drama halau itu sengaja dirancang untuk raih simpati? 

Berbagai andaian boleh terjadi. DAP sanggup buat berbagai drama dan kung fu untuk tipu rakyat. Lihatlah bagaimana drama Guan Eng di Pulau Pinang. 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Kit Siang dihalau di Johor. Pada 2015, beliau pernah dihalau di Masai. Ketika itu Kit Siang bersama dengan seorang lagi pemimpin DAP Johor, Liew Chin Tong. Mereka dihalau selepas ceramah yang antara lain mendakwa orang UMNO cuba menumbangkan Najib.

Pada 2013, Kit Siang pernah juga kena halau di Gelang Patah. Alasan sama, beliau dihalau oleh ahli UMNO juga.

Jadi apabila Kit Siang kena halau di Kampung Bakar Batu, maka ia bukan sesuatu yang pelik malah ia juga menunjukkan bahawa beliau tidak diterima di negeri itu. Ia satu petanda yang cukup jelas untuk menyatakan kepada Kit Siang bahawa beliau dan partinya telah ditolak rakyat. 

Mungkin atas sebab itulah sudah lama khabar angin bertiup bahawa beliau akan bertukar kawasan pada PRU nanti. Pergilah ke mana pun, rakyat akan tolak politik mesin padi yang diamalkan pembangkang ini. 

Ambil jawatan bukan hendak buat kerja tetapi hendak nama dan gaji sahaja. Lima tahun hilang, masa musim mengundi muncullah balik mereka. Inilah politik mesin padi pembangkang.

K7L : Jangan bagi undi pada PH!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk