06/02/2018

BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gaduh Sama Sendiri



Pada ketika Barisan Nasional (BN) sibuk menjalankan tugas untuk rakyat, parti-parti dalam pembangkang sibuk bergaduh sesama sendiri. 

Minggu lepas, bergaduh di Negeri Sembilan sebab agihan kerusi. Dua tiga hari lepas, bergaduh pula di Selangor. Siap gelar badut, penipu dan anjing lagi sesama mereka.

Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terus menjalankan kerja terhadap rakyat. Najib ke Tanjung Malim menaiki ETS, kemudian ke Temerloh pula untuk bersama peneroka Felda. 

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri juga turut turun padang di Bagan Datuk untuk bersama dengan rakyat. Tidak seperti pemimpin pembangkang sibuk bergaduh merebut kerusi dan kuasa sahaja. 

Paling mengujakan untuk rakyat, Najib semalam melancarkan FELDA 2.0 satu inisiatif untuk mentransformasi dan memberi wajah baru kepada 317 kawasan tanah rancangan FELDA di seluruh negara. 

Berbeza dengan pembangkang, berjanji mahu pulihkan Felda dalam manifesto tetapi tidak melakukan apa pun untuk orang Felda. Hanya tabur fitnah sahaja. Bila kena saman, kutip derma dari rakyat untuk tolong bayarkan fitnah mereka. 

Di Felda semalam, Najib melancarkan projek Lembah Digital Bilut yang bakal bagi manfaat kepada lebih 6,000 penduduk Felda Lurah Bilut untuk menikmati taraf kehidupan sama seperti di bandar bermula dengan pembangunan infrastruktur serta modal insan.

"Kepada warga peneroka dan generasi baharu Felda, ayuhlah kita bersatu dan berpadu kerana sesungguhnya Felda ini benteng kita, Felda ini legasi kita dan semestinya Felda inilah maruah dan tanggungjawab kita bersama," kata Najib.

Pembangkang hanya berminat untuk gangu dan rampas 54 kerusi parlimen yang menjadi kubu kuat BN di Felda. 

Sebaliknya, BN terus bekerja untuk rakyat. Tidak peduli apa yang pembangkang tohmah dan hasut. Akhirnya, kejayaan dan kebenaran mula nampak satu persatu. Termasuklah dalam isu Lynas, nampak sangat ianya penipuan semata mata. 

Najib turut melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang akan menawarkan barang berjenama murah bagi mengatasi kos sara hidup rakyat. Ada 100 barang berjenama yang murah di KR1M 2.0

"Jumlahnya (barangan yang dijual dengan harga murah) akan ditambah dari semasa ke semasa dan kita sasarkan lebih 100 barangan dapat dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding kedai biasa di rangkaian kedai KR1M 2.0 ini.

Yang penting, semua barangan ini adalah yang berjenama bukannya barangan yang dibungkus semula dan dijenamakan dengan KR1M," kata Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Hari Sabtu lepas, Datuk Seri Najib menaiki tren ETS dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim untuk melancarkan Kluster Automotif Nasional @Proton City. Memperbetulkan kembali Proton menjadi pengeluar kereta yang lebih kompetitif selepas bertahun lamanya dibelenggu "legasi dan liabiliti" pemimpin lama dahulu. 

“Oleh kerana selama ini terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran, jadi kita berasa kita tidak akan biarkan Proton tenggelam, kita takkan biarkan Proton lenyap, tetapi Proton perlu sokongan dan bantuan daripada kerajaan dipulihkan.

“Saya dan kerajaan pimpinan saya akan pulihkan Proton bersama dengan DRB-HICOM,” kata Datuk Seri Najib. 

Dalam Pakatan pula, kerja mereka asyik bergaduh sahaja. Jauh beza dengan BN. Di Selangor, sudah kedengaran luka "Langkah Kajang" berdarah kembali. 

Azmin Ali sedang cuba diruntun keluar dari kerusi MB oleh PAN yang mendapat sokongan kuat Wan Azizah dan DAP sendiri. Rafizi menjadi "mastermind" kerja kerja jatuhkan Azmin ini. 

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liew berkata Azmin tidak layak menjadi Pengerusi Pakatan Harapan untuk negeri Selangor. Ronnie Liu marah bila Azmin kata PAN pembohong. Cubit paha PAN, samalah seperti mencubit paha DAP. 

Sebelum itu, Azmin kata PAN Selangor tidak amanah apabila mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk.

Serangan terbaru terhadap Azmin ini memungkinkan Pakatan Harapan terkubur sekali lagi di Selangor. PH bukan lagi layak digelar Pakatan Harapan, tetapi bolehlah digelarkan sebagai Pakatan Hancur.

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di Facebook semalam. Sekarang semua orang dalam Pakatan Harapan tahu siapa kamu," kata Ronnie pada Azmin.

Selain PAN Selangor, DAP negeri itu juga tidak tahu bahawa 80 peratus pengagihan kerusi sudah diputuskan oleh Azmin. Pertelagahan ini tercetus antara PAN, DAP dan PKR Selangor selepas PAN dan DAP berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN Selangor yang didakwa oleh Azmin. 

Pengerusi PAN Selangor Izman Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata mereka hanya hadir empat mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya sahaja yang membincangkan strategi untuk PRU14. 

Inilah kerja pembangkang, asyik bergaduh sahaja. Sentiasa konsisten untuk bergaduh. Dulu gaduh dan pecat Khalid Ibrahim, sekarang gaduh dan mahu pecat Azmin Ali pula. Semua benda tentang Azmin sudah dilondehkan oleh PAN dan DAP. 

Termasuklah cerita Azmin menerima gaji RM15,000 dulu dari seorang taikun judi ketika bekerja di pejabat Anwar Ibrahim. Cerita dalam kain pun sudah keluar dan didedahkan baru baru ini di blog. 

Pembangkang bukanlah pilihan yang baik untuk diundi rakyat pada PRU14 nanti. Mereka akan gaduh, gaduh dan bergaduh. Mereka bukan hendak buat kerja macam Barisan Nasional. 

Janganlah pilih pembangkang yang suka bergaduh ini. Bila bergaduh, apa yang mereka janji dulu pada rakyat, semuanya akan mereka lupakan. Mereka hanya ingat satu sahaja, iaitu kuasa. Kerana kuasalah mereka bergaduh.

K7L : Macam-macam sandiwara mereka...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk