22/02/2018

Prof Agus Jadi Mangsa Fitnah Pembangkang?


BERETIKALAH DALAM BERPOLITIK

Hari ini genap tujuh bulan saya menyepi diri dari Facebook. Hari ini juga genap tujuh bulan saya menjauhkan diri dari memberi kenyataan media. Tiada sebab kenapa saya bertindak demikian melainkan untuk merehatkan diri.

Genap tujuh bulan menyepi, hari ini saya menerima WhatsApp dari kawan-kawan bertanyakan tentang kenyataan saya di bawah. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Apapun pandangan kawan-kawan tentang kenyataan itu, saya ingin tegaskan satu perkara: itu bukanlah kenyataan saya kerana saya sudah lama tidak menulis dan menjauhkan diri dari media.

In Shaa Allah, jika kawan-kawan mahu saya kembali berkongsi pandangan politik, saya bersedia. Tetapi sebelum itu, saya mohon kawan-kawan beretikalah dalam politik.

Rakyat sedang memerhati gelagat kita. Yakinilah, jika kita jujur berpolitik untuk rakyat dan negara, kita akan disokong dan jika sebaliknya kita ditolak. Usahlah kita mencipta berita falsu kerana ia jatuh dalam kategori fitnah yang membuatkan kita berdosa. Takutlah dosa pahala, semoga hidup kita selamat dunia akhirat. Wassalam.

Mohammad Agus Yusoff


 

Penulis kini sedang 'digunakan' namanya oleh pihak tidak bertanggungjawab yang terlalu terdesak dengan propaganda. Kini Prof Agus dijadikan mangsa. Inilah politik kotor pembangkang yang sudah tidak ada modal lagi untuk menghasut rakyat.

K7L : Prof dah boleh nyatakan sokong BN kot hehe...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk