11/02/2018

Bank Negara Beli Tanah RM2 Billion Untuk Selamatkan 1MDB?



Satu lagi propaganda palsu yang disebarkan Pakatan di dalam Whatsapp:
---
Kisah benar pembelian tanah 56 ekar bernilai RM2 bilion oleh Bank Negara daripada kerajaan

Ini sememangnya bertujuan untuk membayar hutang 1MDB. BNM diarahkan untuk melakukan transaksi pembayaran secara terus ke dalam akaun anak syarikat 1MDB. Apabila hal ini dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah BNM, mereka mengatakan tidak dan mereka cuma akan membayar ke dalam akaun dana bersama.

Tetapi Siregar dari Kementerian Kewangan mengarahkan mereka berbuat sedemikian (ternyata di bawah arahan Perdana Menteri) dan mereka terpaksa akur. Mereka diarahkan untuk tidak mengadakan sebarang pengumuman media sebelum 1 Januari untuk memastikan kesemua duit tersebut sudah benar benar dimasukkan ke dalam akaun anak syarikat 1MDB terlebih dahulu. Pengumuman dibuat pada 4 Januari dan Timbalan Gabenor Bank Negara juga meletak jawatan sebelum itu!

Tak guna! Negara kita ditadbir oleh Samseng dan Perompak.

---

Dan jawapan saya

Pada mulanya mereka menuduh 1MDB menjual Pulau Pinang dan Pulau Indah kepada syarikat dari China untuk membayar ansuran terakhir kepada IPIC.

Apabila ini terbukti salah kerana nilai kedua-dua tanah tersebut tidak mencecah RM2 bilion, mereka mengatakan pula bahawa BNM yang menyelamatkan 1MDB kerana BNM telah membayar RM2 bilion kepada kerajaan untuk membeli sekeping tanah 22.5ha (atau cuma berharga RM825 bagi satu kaki persegi) di tengah tengah kawasan bandar.

Tetapi jika kerajaan benar benar mahu menggunakan BNM, apa yang perlu dibuat ialah meminta BNM mengisytiharkan dividen khas sebanyak RM2 bilion kepada kerajaan. Itu sahaja - tidak perlu melalui transaksi sulit jual beli tanah.

Atau kerajaan juga boleh bertindak seperti Mahathir yang menggunakan rizab tunai Petronas. Apalah sangat RM2 bilion jika mahu dibandingkan dengan nilai RM129 bilion tunai yang dimiliki oleh Petronas.

BNM mampu untuk menampung sepenuhnya kerana usaha mereka untuk mengurus rizab matawang negara sejak beberapa tahun lalu telah memberikan keuntungan lumayan; pada tahun 2014 (RM6.4 bilion), 2015 (RM7.8 bilion) dan 2016 (RM6.5 bilion).

Tambahan juga, 1MDB tidak memiliki tanah yang dibeli oleh BNM seperti yang dinyatakan jadi bagaimana pula boleh dibayar kepada anak syarikat 1MDB sedangkan aset itu milik entiti lain?

Tidakkan ini nanti akan jadi masalah besar bila melibatkan audit?

Pekerja pasti akan meletakkan jawatan setiap kali mereka ada perselisihan faham dengan majikan. Andailah benar Timbalan Pengarah BNM meletakkan jawatan atas sebab ini, mengapa tidak dia berkata sedemikian?

Dan adakah kamu juga menuduh kesemua pengurus kanan BNM tidak mempunyai prinsip kerana mereka tidak meletakkan jawatan seperti yang dilakukan oleh Timbalan Pengarah mereka?

Khabar angin yang disebarkan ini seakan sensasi tetapi bila difikirkan semula, kamu semua hanya menokok-tambah cerita. Sesiapa sahaja boleh menjaja cerita seperti ini.

Ramai yang tidak sedar bahawa Aabar sebenar (Aabar PJS) telah menjanjikan dana bernilai US$2.43 bilion kepada 1MDB yang mana dituduh oleh Pakatan sebagai tidak bernilai.

The Singapore Straits Times telah melaporkan hal berikut pada April 2017:

"Untuk mengatasi permasalahan sedia ada, 1MDB bersetuju mengetepikan haknya untuk menuntut jaminan US$2.43 bilion daripada Aabar. Sebagai balasan, Abu Dhabi telah mengaturkan sebuah entiti tidak dikenali berpusat di Seychelles untuk membeli unit berkenaan dari 1MDB pada nilai sama seperti nilai jaminan tersebut yang akan dilunaskan melalui bayaran ansuran bermula pada bulan ini hinga Oktober 2022, kata seorang eksekutif kanan kewangan yang arif mengenai urusan tersebut."

http://www.straitstimes.com/asia/1mdb-abu-dhabi-deal-irons-out-funds-tangled-transactions

Di samping rizab tunai sedia ada, 1MDB akan menggunakan hasil dari jualan ini untuk membayar semula hutang US$1.2 bilion kepada IPIC.

Saya akan lebih mempercayai Singapore Straits Times berbanding cerita tak berasas yang berkisar di dalam WhatsApp, yang ditulis oleh mereka yang tidak dikenali.

LSS.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk