Datuk Seri Najib Razak memulangkan paku buah keras kepada pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu diet sihatnya. Mempertahankan diet quinoa – bijian mahal dari Amerika Selatan – yang diamalkannya, Najib berkata kos ditanggung beliau tidaklah sebanyak makanan kuda Mahathir.
“Saya sebut makan quinoa pun jadi isu. Makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan.
“Tapi adakah Dr Mahathir fikir pasal makanan kudanya yang lebih mahal?
“(Beri) makan kuda lebih mahal dari (beri) makan manusia. Saya ingat sebulan (beri) makan kuda, tiga tahun (saya boleh) makan quinoa. Beri makan kuda lebih mahal dari makan quinoa. Berapa ekor dia (Dr Mahathir) ada, tanya dia.
“Lepas itu dia bercuti di Argentina pula main kuda. Apa yang mahal sangat quinoa tu, apalah nak jadi isu,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette pada majlis pertemuan dengan pemimpin di Negeri Sembilan hari ini.
Laporan sama turut disiarkan Sin Chew Daily.
Perdana menteri dipercayai merujuk dakwaan bahawa Dr Mahathir mempunyai ladang ternak kuda di Argentina.
Najib pada Khamis lalu dalam sesi perkongsian atas talian berhubung Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia mendedahkan beliau beralih dari makan nasi kepada makan quinoa untuk diet pemakanannya atas cadangan anaknya.
Pemimpin pembangkang tampil memperlekeh kenyataan Najib itu dengan mendakwa beliau tidak faham penderitaan rakyat kerana hanya makan makanan mahal.
K7L : Sentap bukan main Mahathir sekarang..sendiri cari penyakit..
0 ulasan:
Post a Comment