08/02/2018
Cerpen Pilihan: '02' Tulen Vs '02' Celup - Kisah Orang Kedah!
11:00
No comments
Atan anak kelahiran Kedah. Benar dia dilahirkan di negeri itu. Kad pengenalannya '02'. Namun selepas bapanya dapat kerja di ibu negara, dia berpindah ke Kuala Lumpur, bermastautin dan membesar di kota metropolitan itu.
Walaupun bapanya kaya raya, namun Atan dapat masuk MRSM di luar Kedah walaupun ia sebenarnya dibina untuk membantu pelajar Melayu dari golongan miskin dan sederhana mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik melalui bantuan Mara.
Setelah itu, Atan melanjutkan pelajarannya ke negara matahari terbit. Khabarnya dia lama di sana. Walaupun sudah tamat belajar di universiti, katanya hampir 10 tahun dia tidak pulang ke ibu negara, apatah lagi negeri kelahirannya...
Mungkin sudah bosan berpoya-poya di luar negara, maka pulanglah Atan ke Malaysia. Bapanya yang dulunya Menteri ketika itu berkuasa sebagai Perdana Menteri. Maka mudahlah segala urusannya untuk mengkayakan diri sendiri.
Ahmad juga anak Kedah. Kad pengenalannya juga '02'. Dari kecil hinggalah dewasa, dia lebih senang berada di negeri itu. Dia lebih gemar bergelumang selut, menyulam jerami, mandi sungai, menyerkap ikan dan makan laksa di Pekan Rabu.
Dia bersekolah di Kedah. Selepas tamat belajar, dia menjadi pemimpin belia kampung dan begitu disenangi masyarakat. Tunjuk saja mana-mana rumah, dia boleh beritahu siapa tuan rumahnya, siapa anggota keluarganya, apa pekerjaannya dan bagaimana tahap kehidupan mereka.
Dari kecil hinggalah kini, Ahmad tidak betah jika berada di luar Kedah. Jika terpaksa ke negeri lain untuk urusan tertentu, cepat-cepat dia selesaikan urusan dan kembali ke negeri jelapang padi itu. Mungkin tawa bersama rakan, pulut tanak, ikan pekasam, kopi O dan rokok daun begitu menggamit dirinya.
Masa berganti masa, Ahmad sudah lama memimpin masyarakat. Dia diangkat orang ramai sebagai pemimpin atas khidmat dan jasa baktinya selama puluhan tahun kepada mereka. Selaku anak jati Kedah, Ahmad begitu menjiwai dan tahu apa yang orang Kedah mahu.
Tidak seperti Ahmad, Atan bergaya hidup mewah dan serba metro di kota metropolitan. Dengan gaya orang muda, berbaju kemeja ketat, bercuti di luar negara dan anak isteri berambut perang bukan suatu yang asing baginya. Bagai selebriti hidupnya...
Sementelah bapanya seorang Perdana Menteri, maka bertambah 'subur' kekayaan diri dan abang kakanya. Malah sanak saudaranya juga kaya raya. Tiba-tiba, bapanya bersara dan Atan mengambil keputusan untuk mengganti bapanya dalam dunia politik.
Mungkin dalam fikirannya sudah meletak tekad mahu jadi seperti bapanya jadi Perdana Menteri. Maka sebagai anak bekas Perdana Menteri, maka dia fikir orang akan membuka ruang, memberi laluan mudah untuk dia naik ke puncak dengan bergaya.
Namun jangkaannya meleset. Khabarnya, bapanya mahu dia 'dilatih' terlebih dahulu dan dia 'dihantar pulang' ke Kedah. Keadaan itu buat Atan tersepit. Anak isterinya tak mahu hidup berkampungkan Kedah dan lebih selesa tinggal di rumah mewah berkolam renang di kota besar...
Mahu tidak mahu, dia terpaksa pulang ke negeri kelahirannya. Kekok atau tidak berkain pelikat, memakai lebai atau selipar jepun, dia terpaksa juga meredah 'batas ban' di pida-pida. Agak menjengkelkan, namun Atan terpaksa demi survival politik.
Ahmad pula selaku ketua yang setia pada parti, redha menerima walau sedikit 'letih'. Bukan apa, semua kerja Ahmad yang buat seorang, tiba-tiba dia balik di minit-minit akhir 'ambil nama'. Namun begitu, Ahmad ikhlas menyambut Atan pulang...
Sejak menang, Atan terpaksa berada di Kedah. Rutin hidupnya kini berubah. Setiap minggu dia berulang-alik dari ibu negara ke Kedah. Hujung minggu 'lesap'. Jika di Kedah, masanya lebih banyak di pejabat dan rumah ibu bapanya, tidak di kawasan yang dia wakili.
Sekali-sekala, dia terpaksa masuk kampung hadir ke program. Bertatih-tatih dia cuba jadi 'orang Kedah', namun kekoknya tetap ada. Slanga Kedahnya bagai dibuat-buat. Pantang musim cuti, ke luar negaralah dia bersama keluarga.
Lain pula halnya dengan Ahmad. Dia diminta bertugas di peringkat pusat. Namun seperti biasa, dia tidak betah di sana. Terlalu sibuk dengan tugas di ibu negara membuat dia terlalu rindukan Kedah. Namun cuma sekali-sekala saja dia dapat balik kampung...
Keadaan itu membuat Atan bosan. Hidup dalam kepura-puraan membuat dia memberontak. Idamnya mahu menjadi Perdana Menteri, bukan Menteri Besar. Lalu dia cari alasan dan kesempatan cuba meniru watak baru. 'Jebat derhaka' menjadi pilihannya.
Dia mula 'buat perangai'. Sopan susila Melayunya hilang sama sekali. Depan rakyat pihak semut pun tak mati, belakang rakyat hanya Allah saja yang tahu. Melihat keadaan itu, dia sengaja cari pasal dan langgar disiplin parti. Ditunjuknya perangai buruknya, diperguna nama rakyat...
Akhirnya Atan terpaksa dijatuhkan. 'Barang rosak', terpaksa diganti. Dengan kuasa Allah, anak jati Kedah yang bernama Ahmad diangkat menerajui negeri. Makin bertambah panaslah hati Atan melihat keadaan itu, membara dendamnya mencerca Ahmad...
Peliknya, Atan pula cuba mengajar Ahmad bagaimana hendak bangunkan Kedah. Atan sebelum ini mahu jadikan Kedah bagai Tokyo, London atau New York. Dirancangnya projek-projek mega walaupun dia tahu Kedah antara negeri termiskin.
Atan sebelum itu tahu Kedah tidak ada dana dan mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat. Namun dia sombong, konon tidak mahu mengemis. Padahal, orang bukan suruh dia mengemis pun, cuma minta dia berbudi bahasa meminta pertolongan 'extra' dari Pusat.
Tapi mungkin kerana status 'aristokrat', konon 'anak negarawan ulung paling berjasa dalam cakrawala', dia buat musuh dengan orang yang sepatutnya dia minta bantuan. Dek kerana 'bodoh sombong'nya dalam dunia politik, rakyat Kedah yang jadi mangsa...
Ahmad yang sudah sebati jiwanya dengan orang Kedah sememangnya amat tahu apa yang diperlukan di negeri itu. Kedah tidak memerlukan KLCC, bangunan pencakar langit atau projek mega yang memerlukan belanja besar.
Ahmad tahu, rakyat Kedah lebih selesa dengan budaya 'sempoi' bersahaja. Orang Kedah mahu kebajikan mereka terjaga, mahu disapa, mahu masalah mereka diatasi, mahu pembangunan secara sederhana dan bermoral.
Orang Kedah tidak mahu suami berjubah di Kedah, tapi isteri berseluar pendek di luar negara. Orang Kedah lebih selesa anak gadis bertudung litup daripada anak gadis berpakaian 'koyak rabak' di sana-sini. Budaya di Kedah tidak metro, tapi penuh adab dan sopan...
Orang Kedah mahu orang Kedah yang menerajui negeri. Bukan hanya kad pengenalan saja '02', tapi jiwanya juga perlu '02'. Loghatnya mesti pekat Kedah, tidak pelat. Orang Kedah mahu yang ada pengalaman bergelumang selut, bukan bermain 'dolphin' di luar negara.
Terkini, dikhabarkan Atan mahu jawatannya kembali di Kedah. Dengan parti baru, dia sebar dakyah politik karut-marut, menanam kebencian dalam hati orang Kedah. Langkahnya silap lagi. Orang Kedah lebih suka menanam padi, bukan menanam benci!
Lebih kurang begitulah sketsa yang mempamerkan perbezaan tentang kad pengenalan '02'. Seorang '02' yang tulen, seorang lagi '02' yang 'celup'. Ingatkan bila Atan mahu jadi orang Kedah, maka dia pindah duduk di negeri itu. Namun tidak, jiwanya tetap di New York. Dia hanya mahukan Kedah untuk kuasa, bukan untuk jadi 'orang Kedah' yang tulen.
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
February
(112)
- Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang M...
- Klinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksan...
- Mahathir Pertikai Orang Lain Tapi Kuda Dia Makan L...
- Untuk Macai Bunga Yang Bukan Lagi Ahli UMNO Tapi M...
- Video - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar
- Kenapa Kaum Cina Tidak Suka MCA Dan BN?
- Siapa Sebenarnya Mahathir Yang Dilabel Diktaktor?
- Video - Untuk Kaum Wanita Di Malaysia!
- Viral - MBSA Lepaskan Stadium Shah Alam Kepada Sya...
- Ini Fakta Yang Rafizi Sembunyikan Tentang BR1M?
- Srikandi PPBM Rela Dipecat Sebab Tak Puas Hati Den...
- BN Tepati Janji PRU13 - 97.6% Terlaksana
- Video - Azmin Lari Ke Luar Negara Selepas Video In...
- Rakyat Selangor Rindukan Zaman Kerajaan Barisan Na...
- Antara MCA Dan DAP, Siapa Perlu Orang Melayu Pilih
- Terdesak Ke Putrajaya, Logo Roket Akan Diguna Sete...
- MP Segambut Tunjuk Kebodohan Bila Minta Tolak Naji...
- Hapuskan Tol : Janji BN Lebih Realistik, Janji Pem...
- Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pemb...
- Ada Pemimpin PKR Akui PH Takkan Menang PRU14?
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia Merosot Selepas Pe...
- Pakatan Harapan Tidak Mampu Tunaikan Semua Janji! ...
- Tenaga Buruh Yang Mampan - Ini Yang Rafizi Takut D...
- Mahathir Kemaruk Kuasa - Comeback Of Mahafiraun!
- Amirudin - Rakyat Tanya Mana Duit #StrongestManMal...
- Skandal Tanah Ijok - Kerusi MB Azmin Makin Tenat?
- Azmin Tidak Boleh Diam Lagi - Perlu Jawab Dalam #D...
- Prof Agus Jadi Mangsa Fitnah Pembangkang?
- Indoktrinasi DAP Berjaya, PAN Tidak Peduli Anjing ...
- DAP Akan Laksana GST Ikut Singapura Jika Perintah ...
- Singapura Umum Bantuan Kewangan Sama Macam BR1M?
- Video! Pengumuman Kenaikan GST Kepada 9%!
- Sampai Ke Amerika Syarikat, Mahathir Mahu Kutip Derma
- Video Mahathir Cakap Pasal Orang Keluar UMNO! Waji...
- Top Dog Sebenar Pakatan Dah Mula Tunjuk Belang!
- Ketua Wanita UMNO Jumpa Diplomat Israel? #PakatanT...
- Diplomat Israel: Malaysia Tiada Pilihan
- Kit Siang Kena Halau, Signal Rakyat Tolak Pemimpin...
- Mukhriz Samakan Derma PPBM Macam Derma UMNO Minta ...
- Pengarah Komunikasi PKR Patut Tahu Yang Sokong Isr...
- Hal Rumah - Beza Pembangkang Dengan Kerajaan BN?
- Muhyiddin Mengaku Komplot Jatuhkan Najib? - Ingin ...
- Ramasamy Dari DAP Jumpa Puak Pemisah India Di Chen...
- Anjing Gila Yang Terlepas Di Tahun Anjing - @razla...
- Tolong Derma Pada PPBM - Kata Seorang Jutawan Yang...
- Duit KWSP Tidak Hilang, Yang Hilang Adalah Otak Pe...
- Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma...
- Kronologi Hubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad Dengan...
- Bila Minyak Turun, Ekonomi Terus Baik Mulalah Data...
- Ekonomi Malaysia Teruk? - Inilah Berita Yang Pemba...
- Kadar Levi Dan Tol Laluan Kedua Turun!
- Isu Tanah Ijok Di Selangor - Azmin Gelabah Lagi?
- Anak Raja Petra Sound Izzah Pasal Anwar Dan Rafizi?
- Kalau Tak Suka Negara Ini Sila Berambus Dan Dudukl...
- Politik Mesin Padi DAP Dihalau & Ditolak Oleh Rakyat
- Di Mana Kerusi Mahathir Pada PRU14?
- Rumah Rakyat Dibatal, Pasukan Bola Disuruh Main At...
- Azmin Kata Iraq Tak Ada Padang Boleh Main Bola #Ke...
- Pakatan Harapan Mahu Jadikan PRU14 Paling Kotor
- Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang...
- Video - Pesanan Mahathir Buat Rafizi Yang Bersalah...
- Mahu Campur Tangan Amerika Bukti Pembangkang Mengk...
- Selangor Akan Dapat Balik Stadium Shah Alam Jika B...
- Biasiswa Kecil Persekutuan - Terima Kasih Kerajaan...
- Kisah Rafizi Dan Fitnah Terbaru Terhadap Felda!
- Mahathir Takut Bila Bank Dunia Yakin Dengan Dasar ...
- Gaji Sebulan RM3000 Tetapi Bayar GST RM2160 Setahun?
- Pemimpin Amanah & PPBM Gelar PAS "PIGS"?
- Soalan-Jawapan Tentang Kes Rafizi Yang Dipenjara 3...
- DAP Buktikan Mereka Ketua Pembangkang Malaysia?
- #RinduZamanMahathir - Tol Lintasan Kedua Malaysia-...
- Bank Negara Beli Tanah RM2 Billion Untuk Selamatka...
- Apa Kata PM Tentang Undi Rosak?
- @CQ_Rain Berkenaan Kenaikan Cukai Taksir - Part 2
- Pembangkang Hidup Dengan Cerita Palsu Bukan Dengan...
- Mula 6 Bulan Sekarang 2 Tahun - #MahathirNoPM
- Kenapa Azmin Ali Tidak Tandatangan Ikrar Bebas Ras...
- Video - Azmin Ali Suruh Mahathir Duduk Diam-Diam!
- Segalanya Naik Di Selangor! - Inilah Hadiah Untuk ...
- Kasihan Anwar Ibrahim Berangan Perlu Tunggu Tahun ...
- Usaha Kerajaan Dalam Merancakkan Pemilikan Rumah U...
- @IshamJalil @CQ_Rain Cukai Naik 400%! Selangor Mak...
- Cerpen Pilihan: '02' Tulen Vs '02' Celup - Kisah O...
- 2018 - Tahun Kejayaan Buat Barisan Nasional!
- Pilih Kerajaan Yang Jaga Rakyat, Bukannya Parti Ya...
- KDNK Kukuh Tetapi Rakyat Tiada Duit - Fakta Atau A...
- Gandingan Sultan Muhammad V Dan Najib Razak Terbai...
- Muak Dengan Skandal Guan Eng, BN Dijangka Menang 2...
- BN Sibuk Kerja Untuk Rakyat, Pembangkang Sibuk Gad...
- 5 Matawang Asia Dengan Prestasi Baik Januari 2018!
- Gaduh Rebut Kerusi Bukti Pakatan Tidak Berpakat!
- Tarikh Pembayaran BR1M 2018
- Arab Saudi Kejam Laksanakan 5% VAT Yang Mirip GST?
- Insentif Pakatan Harapan Satu Lagi Janji Bohong Da...
- Dram Penuh Tragis Pakatan Selangor - PKR Dan PAN R...
- Recycle Fitnah - Pakatan Makin Terdesak!
- Mahathir Sudah Terdesak Mula Pancing Undi Wanita Pula
- Azmin Ali Serang Amanah Tidak Amanah?
- Puak Pakatan Sebar Fitnah - Yang Percaya Itu Bodoh...
- PAN Tuduh PKR Selangor Pujuk PAS Untuk Kekal Berku...
-
▼
February
(112)
0 ulasan:
Post a Comment