Mereka terlupa mereka bodoh. Rafizi Ramli juga bodoh. Pihak Felda tidak tersilap atau terkhilaf apabila berkata tanah berkenaan telah bertukar tangan, kembali menjadi hak milik Felda.
Ini dilakukan melalui mendaftarkan tanah tersebut dengan kaveat pendaftar. Ini bermakna tanah-tanah itu tidak lagi boleh dijual atau dicagar. Dua dokumen-dokumen penting telahpun disempurnakan untuk membolehkan kaveat pendaftar dilakukan:
a) Resolusi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang siap ditandatangani untuk memindahmilik tanah-tanah itu balik kepada Felda,
b) Borang 14A atau Borang Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pajakan yang telah siap ditandatangani dan dimeterai oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat itu.
Dari segi undang-undang Tanah, nama di belakang geran pada tarikh Rafizi Ramli mengadakan sidang media adalah tidak relevan untuk menentukan sama ada tanah-tanah Felda itu sudah ditukar milik atau tidak.
Berikut adalah Kenyataan Media daripada Pengerusi Felda, TS Shahrir Samad. Baca dan hadam wahai pencacai-pencacai Rafizi Ramli.
JAWAPAN KEPADA PENIPUAN RAFIZI BERHUBUNG STATUS TANAH FELDA-TAN SRI SHAHRIL SAMAD
Pada sidang media saya 15 Jan 2018 saya juga telah tunjukkan kpd media geran2 tanah itu yg masih berdaftar diatas nama Synergy Promenade..
Sungguhpun geran2 tanah masih dalam nama syarikat itu tapi kerana tanah2 itu telah dikenakan kaveat pendaftar, syarikat tidak bolih menjual atau mencagar tanah2 itu. Carian olih YB Rafizi pada 30 Jan 2018 juga menunjukkan tanah2 itu dikaveat tapi malangnya YB Rafizi menyembunyikan fakta penting ini.
Kedua, pada 15 Jan, saya juga telah tunjukkan kpd media suratan yg telah disempurnakan olih Synergy Promenade utk membolihkan pendaftaran tanah2 itu balik kpd nama Felda. Suratan2 ini adalah:
1. resolusi ahli lembaga syarikat yg siap ditandatangani utk memindahmilik tanah2 itu balik kpd Felda,
2. Borang 14A yg telah siap ditandatangani dan dimeterai olih lembaga syarikat itu.
PENDAFTARAN semula tanah2 itu kpd nama Felda akan dilakukan dgn menggunakan suratan2 hakmilik itu sebaik sahaja kaveat pendaftar dibatalkan atas arahan pihak polis.
Apa yg dinyatakan olih YB Rafizi tentang kedudukan tanah2 itu hasil cariannya pada 30 Jan tidak berbeza dari kedudukan tanah2 itu pada 15 Jan yg telah saya maklumkan kpd pihak media.
Yg penting geran2 tanah dan segala suratan yg perlu utk PENDAFTARAN tanah2 itu balik kpd nama Felda adalah dalam simpanan Felda. Kaveat keatas tanah2 itu melindungi kepentingan Felda.
K7L : Lari malam.. banyak betul fitnah kau buat sepanjang hidup ni...
0 ulasan:
Post a Comment