06/02/2018

5 Matawang Asia Dengan Prestasi Baik Januari 2018!



Pengukuhan nilai ringgit disumbangkan oleh kemasukan dana asing kerana keyakinan terhadap dasar kerajaan serta kenaikan harga minyak, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, nilai ringgit melepasi paras psikologi RM4 pada 5 Januari lalu dan menjadi antara mata wang mencatat prestasi terbaik di dunia pada masa ini.
"Inilah sentimen yang dapat kita lihat dan tahun ini, kita akan laksanakan Bajet 2018, yang bersifat inklusif, ada sesuatu untuk semua dalam bajet," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.
Najib berkata, ekonomi negara berkembang baik sehingga Bank Dunia menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tiga kali tahun lalu, di mana suku ketiga mencecah 6.2 peratus berbanding 4.3 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya, Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, baru-baru ini, turut menobatkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik bagi Indeks Pembangunan Inklusif dan berada pada kedudukan ke-13 di dunia meninggalkan China yang berada pada kedudukan ke-25) dan India (62).

K7L : Mana yang suka menyalak tu?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk