06/02/2018

Gaduh Rebut Kerusi Bukti Pakatan Tidak Berpakat!




Sejak Mahathir masuk pembangkang pada pertengahan 2015 hinggalah sekarang, pakatan pembangkang itu semakin kucar kacir dan huru hara.

Mahathir bawa agenda mahu anaknya jadi Perdana Menteri. Anwar masih mahu jadi Perdana Menteri. DAP pula dengan agenda "Malaysian Malaysia". PAN pula dengan agenda mahu gaduh dengan PAS.

Masing masing ada agenda tersendiri. Pembangkang yang ada di Malaysia ini tidak berpakat pun sebenarnya. Mereka hanya berpakat pakat secara sandiwara hanya untuk berebut kuasa sahaja.

Lihatlah ada yang sedang berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Kedah kini. Masing masing gila mahu jadi calon pilihanraya.

"Gila darjat, Gila nama, Gila kuasa, Gila Harta, Semua gila" lirik lagu Hukum Karma ini sesuai dengan perangai gila semua pemimpin pembangkang sekarang.

Patutnya Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz nyanyi lagu ini bukannya lagu "My Way".

Penyakit gila kuasa itu menjadi semakin kronik sejak Mahathir sertai pembangkang. Hukum karma buat pembangkang. Apa yang dikata Mahafiraun dan Reformasi dulu sudah dijilat balik mereka.

Di Negeri Sembilan, gaduh rebut kerusi. PPBM dipinggirkan dan Anthony Loke mula berlagak mahu jadi seperi watak Nga dan Ngeh di Perak suatu ketika dahulu jika pembangkang tawan Negeri Sembilan.

Di Perak, Nga Kor Ming sudah ikrar mahu bersara dari politik kalau pembangkang kalah lagi pada PRU14. Nga dan Ngeh rindu watak mereka sebagai abang besar kepada MB boneka berulang balik.

DAP sudah berangan jauh di dua negeri itu. Sedangkan pada hakikatnya mereka tidak sedar bahawa pergaduhan besar yang berlaku dalam pembangkang dan "track record" yang tidak bagus boleh membuatkan pembangkang hilang dua negeri pada PRU14 nanti.

Selangor dan Kelantan mungkin kembali ke tangan Barisan Nasional. Rakyat sudah muak dengan pembangkang yang penuh sandiwara. Gaduh sahaja, kerja lain tiada.

Selangor yang kini sudah bertukar menjadi gelanggang "wrestling mania" buat pembangkang. MB sebenar semasa zaman Khalid Ibrahim dahulu sudah bersuara, iaitu Ronnie Liu dari DAP.

Ronnie Liu belasah Azmin. Pertahankan PAN. Ini bukti DAP yang paling otai di Selangor. Tengok dalam kes kelulusan pesta arak di Klang, kalau DAP sudah setuju, Azmin kena "follow" sahaja.

Azmin ada cita cita peribadi hendak jadi Perdana Menteri tetapi takut hendak bertanding kawasan sendiri. Hendak jadi PM macam mana? Negeri sendiri pun penuh pergaduhan dan kacau bilau.

Kena panggil badut dengan PAN. Kena marah dengan DAP. Pasal kerusi mereka bergaduh dan bergasak. Apa yang rakyat Selangor dapat?

Hendak main bola di Stadium Shah Alam pun Azmin tidak boleh selesaikan. Jaga bola pun gagal dan letak jawatan. Jadi MB pun kena maki dengan PAN dan DAP. Kawasan sendiri pun tidak berani tanding.

Ini bukti Azmin hanya boneka sahaja di Selangor. Kuasa sebenar dibelakangnya adalah DAP. Apa Ronnie Liu cakap dan apa yang Tony Pua mahu, PKR kena dengar dan ikut.

Begitu juga di Kedah, PAN sudah mula tidak puas hati dengan parti bunga. Menerusi pengaruh DAP, PAN nampaknya sudah mula pasang angan angan mahu membolot semua kerusi DUN dan parlimen di Kedah.

Pembangkang sengaja sebar cerita palsu tentang nama nama calon BN di Kedah, memasang jerat agar UMNO bergolak. Namun orang UMNO Kedah tahu siapa sebenarnya yang bergaduh rebut kerusi dan kuasa di Kedah.

PAN yang gila hendak jadi MB. Parti bunga pun sama gila kuasa. Sama juga dengan PKR, dah mula kembang "pungkoq" Johari Abdul hendak jadi MB Kedah.

Kembang sahaja bolehlah. Sekadar buat geli telinga bila orang sebut bakal jadi MB. Itu pun seronok "tak sangga" dah. Inilah perangai pembangkang, kalau bab kuasa, mereka memang gila.

Kerja belum tentu lagi bagaimana. Tengok sahajalah "track record" yang lepas, wakil rakyat yang bidan terjun ini bukannya pandai berkhidmat bila dapat kuasa.

Oleh kerana itu mereka suka lari kawasan selepas itu. Hanya syok gila kuasa dan dapat gaji sahaja. Dekat dekat musim hendak mengundi, jadilah mereka sebagai "mesin padi" di atas pentas ceramah.

Biar apa pun terjadi, rakyat jangan tanggung lagi kesilapan lepas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Politik "mesin padi" pembangkang ini kena ditolak.

Pembangkang hanya gila kuasa. Parti mereka pun sedang hilang arah. Empat nakhoda, tetapi bergaduh sahaja. Inilah pakatan pembangkang yang penuh sandiwara.


K7L : Kalau pilih boleh lingkup negara...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk