08/12/2012

[Video] Pengakuan Mengapa Ahli PAS Keluar Di Kedah #TukarKedah





Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal.

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul.

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.

Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan.

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi.

Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO. - Malaysia Instinct


Ini sudah menjadi bukti bahawa PAS sebenarnya telah lari jauh dari perjuangan yang dilaungkan dulu. Mereka hanya menggunakan agam untuk retorik politik mereka. Entah sampai bila baru semua orang PAS nak sedar.

K7L : Bersyukur sebab ada yang sudah sedar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk