07/12/2012

Kisah 'Tulang Rusuk Kiri' Tun Mahathir - Garapan Penuh Tersirat @erma_fatima




Teater Siti Hasmah pada hari ahad yang lalu mengusik jiwa Keris dan rakan-rakan UMB. Atas jemputan Pengerusi UMB, Tun Faisal, Kami hadir dan rasa sangat beruntung dapat menonton teater yang sarat dengan makna-makna yang tersirat.

Di sebalik sisipan kisah hati seorang perempuan yang bernama 'Siti Hasmah', permainan perasaan, emosi dan mainan minda terkesan sejak dari mula lagi. Bermula dengan kisah cinta  Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah membuatkan penonton tidak kering gusi dan menyentuh baca romantik mereka berdua. 

Teater itu juga meletakkan betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh Tun Siti Hasmah berkenaan dengan masa akibat kesibukan Tun Mahathir mentadbir negara. Sisipan hati yang terus terluka dan ketabahan menghadapi kutukan melampau terhadap Tun Mahathir menyentuh hati kami. Bayangkan betapa berat kesengsaraan seorang isteri apabila suaminya fitnah dna dikhianati.

Antara babak yang tidak boleh dilupakan adalah ketika Tun Mahathir jatuh sakit. Sifat mahukan nama Malaysia menjulang tinggi tetap ada walaupun sedang tenat. Beliau yang mahu menjalankan pembedahan jantung di Malaysia adalah satu perkara yang mengejutkan. Namun ketaatan dan kesetiaan Tun Siti Hasmah terhadap suaminya tercoret tatkala bersetuju dengan permintaan suaminya.

Kisah Tun Mahathir yang mempertahankan negara daripada berhutang juga melibatkan Tun Siti Hasmah yang banyak memberi kekuatan kepada Tun Mahathir. Ah terlalu banyak untuk Keris ceritakan di sini, Sangat berbaloi meredah hujan untuk menjejakkan kaki buat kali pertamanya di Istana Budaya.

Pada amatan Keris, teater ini mengisahkan ketabahan hati, pengorbanan bangsa, perjudian perjuangan demi bangsa dan agama yang luar biasa. Jika benar-benar faham, ia tentang penyatuan satu kekuatan, ia juga mengingatkan orang Melayu bahawa ketuanan kini semakin dicemari.

Ia juga tentang kekuatan dan kejayaan seorang lelaki bertunjangkan seorang wanita yang hebat. Kata-kata yang membuatkan airmata ini menangis "Bermadu dengan perempuan perit hatinya, namun bermadu dengan rakyat, peritnya ada nikmat pun ada".

Ah ini garapan terbaik Kak Erma Fatima. Menyentuh jiwa manusia, menyentuh sanubari perjuangan politik biarpun sebagai seorang perempuan. Pelbagai plot yang sarat dengan mesej. Tidak terungkai jika tidak fokus. Setiap babak ada cerita yang mendalam. Tahniah dan Keris mohon jika ada lagi teater sebegini, jangan lupa jemput kami. Tidak terdetik rasa rugi. Malah rindu untuk ke Istana Budaya lagi.


p/s: Babak Rafidah Aziz berkata "Why?" sangat menjadi dan kami turut menjerit "Tarik Balik". Ramai tidak sangka, itulah antara babak yang menaikkan semangat orang melayu terutamanya.





K7L : Tahniah Kak Erma!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk