03/11/2012

Warga Asing Kini Bebas Meraba Gadis Malaysia Dalam Tren!



Malam tadi Keris terbaca di TL milik @YanaYonet. Pengalamannya terhadap gangguan seksual di dalam tren dan emosinya tergambar melalui tweet yang ditaip. Ini bukan kali pertama Keris mendengar malahan suatu ketika dahulu Keris pernah menampar seorang warga asing Bangladesh kerana meraba seorang kakak di hadapan Keris.


Masa belajar poli dulu, tak tahu @Izizree ingat atau tidak sebab waktu iti kami masih di dalam semester 1. Sifat kurang ajar mereka ini bukanlah sesuatu yang dipandang enteng. Keris kongsikan sedikit garapan seorang pelajar UPM dan situasi dia melihat seorang gadis diraba.


Earlier today, saya naik komuter dari Stesen KTM Sungai Buloh, kakak n abang ipar saya hantar dari Temerloh. Harap dapat naik Shuttle Train, sekali dapat komuter biasa je. Untuk yang tak tau, Shuttle Train ni lagi panjang dari komuter biasa, n dia akan berhenti dekat a few stations je. Maksudnya kita konpem akan dapat seat, n masa pun lagi cepat sebab dia tak berhenti dekat semua stesen.

So dengan paksarela terpaksa jugaklah naik komuter. Macam biasa, sibuk. Hiruk-pikuk. Orang ramai. Nak duduk takde tempat. Mujurlah waktu pagi, takdelah bau badan masing2 mencucuk2.


Masa ni semua orang diam, kecuali dengar ada bunyi dari earphone Samsung S II sorang mamat white collar yang pasang lagu Meet Me Halfway. Punya kuat dia bukak lagu, semua orang boleh dengar. Aigo. Pekak jugak telinga mamat ni tak lama lagi. Pada masa yang sama ada dua orang pak cik India sembang sakan time pagi buta. Bagus betul. Banyak energy. Orang lain semua tengah layu baru bangun, dia punya bateri fully charged. Tiba stesen Kepong Sentral, masuk satu kumpulan warga Indonesia. Ada tiga orang. Masa tu saya berdiri dekat tiang.

Tren pun bergerak macam biasa. Masa tu memang sempit. Tiba-tiba saya terdengar deorang berbual. Saya dengar sorang tu cakap pasal ‘paksaan’, n sorang lagi macam tengah refer seseorang dalam tren tu. Saya tengok, deorang macam satu kumpulan tengah kepung budak perempuan dekat tiang tu.

Eh, peliknya. Lepas tu deorang macam fokus pada budak perempuan tu. Budak tu pandang arah saya, n orang Indonesia tu semua buat bulatan belakang dia. Oh shoot. Tak sedap hati. Budak perempuan tu tunduk, macam tengah takut. Orang Indonesia tu pulak macam tengah memerhatikan dia, semua macam nak ngap budak tu.

Lepas tu baru saya perasan apa yang berlaku. Disebabkan deorang kepung belakang budak perempuan tu, effectively takde siapa yang nampak deorang buat apa belakang budak tu. Oh damn. Kesiannya! Budak tu macam nak menangis da, tunduk2. Deorang pulak macam suka, sambil buat muka gangster.

Saya tengok budak perempuan tu. Pakai baju biru, tudung hitam. Badan dia montok. Memang jadi habuan lah. Si mamat sorang tu macam nak cium dia, deorang gilir2 raba punggung budak tu. Budak tu tunduk, diam. Takut.

Mula-mula saya rasa marah. Tapi tak tau nak buat apa. Depan saya ada sorang mamat Melayu, tinggi, tapi dia buat2 tak nampak. Ramai lagi yang perasan, tapi semua buat bodoh. Yang perempuan, laki. Melayu, India, Cina. Semua pura-pura tak nampak ada gangguan seksual. Saya rasa geram gila. Pastu saya tanya budak tu ‘OK tak?’ saya berniat nak tolong dia. nak suruh dia tukar tempat ke. Tapi dia diam. Dia pandang tempat lain taknak jawab soalan saya. Seolah-olah saya tanya dia ‘Best tak?’

Paling best, tengah2 antara stesen Segambut dengan Putra, tren tu mati dalam 10 minit. Biasalah KTM, kalau tengah jalan tak mati memang tak sah. Lagi mahsyuk la budak tu kena raba. Yang ketua geng tu tangan dah naik pegang tiang tu, kepung budak tu. Budak tu tak boleh bergerak. Belakang dia dah kena tenyeh2 dengan warga asing.

Masa ni semua orang pandang, lepas tu pandang arah lain. Saya pandang je warga asing tu, lepas tu deorang pandang balik. Muka macam nak tikam orang. Saya fikir, kalau deorang tarik perempuan ni turun pun satu tren akan buat bodoh. Tak pun deorang rogol budak ni dalam tren pun, penumpang lain akan buat2 tak nampak dan akan pandang tempat lain.

Masa tu dahlah saya tak sarapan lagi, so rasa tension tu menyebabkan rasa nak muntah. Berani sungguh deorang ni. Tak lama lepas tu, yang mamat ketiga pulak duduk belakang budak perempuan tu. Damn! Puas hati dia raba budak tu. Hambek kau! Yang pelik, takde sapa nak marah deorang. Semua buat buta. Semua buat pekak. Yang perempuan tu pun diam membisu, nak nangis.

Dekat setengah jam lepas tu, dekat stesen mana entah, baru deorang turun. Budak perempuan tu pulak turun 2-3 stesen lepas tu. Dah habis maruah diri. Oh. Kalaulah benda ni berlaku hari-hari. Masa tu saya buat penilaian sendiri tentang masalah sosial ni. - Kisah Seorang Budak U


Sebenarnya rakyat Malaysia sendiri kena prihatin dengan masalah sebegini, Bayangkan yang kena itu saudara perempuan kamu. Memang tidak dinafikan, masa Keris tampar warga asing itu, mereka yang lebih dekat dan lebih nampak kakak itu diraba hanya mendiamkan diri. 

Kesedaran sivik seolah-olah tiada. Namun, pernah juga terdengar ada beberapa gadis yang diraba diselamatkan didalam tren. Masih ada rakyat Malaysia yang prihatin dan tahniah kepada mereka. Yang buat bodoh, fikir-fikirlah. Ini adalah satu video yang boleh dikongsi untuk semua gadis di luar sana. Yang lelaki nak belajar ikut suka hang lah! 


Cadangan : Kepada Tun Faisal, apa kata tugaskan RELA di dalam tren :)

K7L : Kesian Yana..sabar ya..

5 ulasan:

  1. bagus...expose bende ni..nt perempuan2 diluar sana bole pertahankan diri...

    ReplyDelete
  2. Salam dari Gerakan Anti Pendatang Asing (GAPA) Di Malaysia
    Sampai bila kita mahu berdiam diri?sampai bila kita mahu jadi bacul di 'rumah'kita sendiri?

    Join GAPA for Malaysia

    PATIENCE NO MORE!!

    GAPA Di Malaysia gave full supports for our guardians, The Royal Malaysian Police ,The RELA and other Authorities who gave their full commitment to protect this country from the menacing Immigrants.

    ReplyDelete
  3. Join Gapa di Malaysia at Facebook :

    http://www.facebook.com/pages/Gerakan-Anti-Pendatang-Asing-GAPA-Di-Malaysia/380862445323019

    Blog kami pernah dihack oleh musuh. Untuk buat sementara waktu ini,kami beroperasi dgn facebook.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. kesilapan rakyat berkaitan warga asing ini apabila tidak melihat kepada pelaku yang membenarkan kemasukan mereka iaitu kerajaan dan pihak berwajib. Tegur dan perbetul mereka.GAPA sebagai contoh kumpulan rakyat selalunya terlepas pandang perkara utama dan akhirnya tiada penamatan cerita yang seterusnya membawa kepada kehancuran. Penat tidak berkesudahan bila hanya mencantas dedaunan sedangkan akar subur melata didalam tanah.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk