08/12/2012

Kelab Malam Akan Dibuka DI Shah Alam - @Khalid_Samad Menikus?




Wah! Apa sudah jadi? Kata PAS nak menentang kemungkaran. MP Shah Alam bukan daripada ahli PAS ke? Apakah ini bukti bahawa Khalid Samad seorang PAS liberal? Keris dah kata yang PAS meletakkan Islam hanya pada nama.  Mari dengar apa Cucu Tok Selampit bebelkan! :

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor terutama Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, yang telah memecahkan tradisi mewujudkan Kelab Malam pertama di Shah Alam!!! Bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia. Sekalung ucapan tahniah diucapkan.

Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

"Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga! Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. 

K7L : Boleh rosak Shah Alam kalau biar lama-lama di tangan Pakatan..

1 ulasan:

  1. Salam. Apa khabar kawan? Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk