03/12/2012

Apa Nik Aziz Buat Bila Doanya Gagal Halau Gangguan Jin Api Misteri?



Tidak ada kesan? Pendedaham yang dibuat oleh Gelombang Kick menunjukkan bahawa Nik Aziz bukan aulia. Bukanlah orang yang boleh menentukan segalanya. Bukanlah orang yang layak mengkafirkan sesama Islam.

Doa "KO BN", doa musnah dan doa pecah perut hasilnya sama sahaja dengan solat hajat dan doa politik yang dipersembahkan oleh Nik Aziz sewaktu cubaan menunjukkan karomahnya untuk mengusir jin api yang mengganggu sebuah keluarga di Kampung Penambang Kota Bharu beberapa bulan lalu, namun apa yang berlaku adalah jin semakin menggangu, difahamkan, pada awalnya hanya muncul api misteri, tetapi setelah kehadiran Nik Aziz, jin-jin berkenaan mengajak tuan rumah untuk berparang dan api misteri pula muncul semakin kerap.
Apabila keadaan semakin bertambah parah, selang beberapa minggu datanglah seorang hamba Allah dengan rendah diri tampil untuk cuba membantu keluarga berkenaan dengan berdoa memohon daripada Allah supaya keluarga berkenaan dilindungi daripada gangguan-gangguan jin seperti yang berlaku.

Akhirnya solat hajat dan doa secara berjemaah itu dimakbulkan oleh Allah Taala dengan serta merta, situasi itu sampai kepada pengetahuan Nik Aziz, ingatkan Nik Aziz nak ucapkan rasa syukur kerana rakyatnya tidak lagi dibelenggu dengan api misteri itu, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, dimana Nik Aziz telah bertindak membuang semua gambar-gambar solat, doa dan lawatan beliau kerumah tersebut dari laman Facebook yang beliau post sebelum ini, tidak pasti samada tindakan membuang itu adalah ekoran rasa malu, marah ataupun untuk menutup kegagalan beliau dari terus diketahui umum.

Bagaimanapun Kesimpulan dari apa yang dapat dilihat dengan perbezaan gambar berdoa dibawah, doa berhajat pada perkara yang sama dan dirumah yang sama, mungkin hanya niat yang berbeza menyebabkan salah satu doa sahaja dimakbulkan dengan serta merta.

Apa yang tak kena dengan doa Ulamak yang tersenarai di bursa saham Deoband ini ? Tidak cukup alim dan karomahkah Nik Aziz ? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, hikmah itu biarkan saja gambar yang berbicara untuk dinilai oleh semua. Iktibar dari apa yang berlaku itu, jangan kita menjadikan sesuatu ibadat itu diatas mencari keuntungan politik, kerana ibadat yang sebegitu hanyalah sia-sia dan tidak diterima serta tidak dimakbulkan oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Perut Najib takkan pecah, Umno takkan hancur, Pas jua yang akan lebur, Nik Aziz pula akan menganggur.





K7L : Teringat dulu ada sampai nak bertumbuk dengan Keris bila banner Nik Aziz diturunkan dan dletak di atas jalan raya..pergh..korang ingat sikit dia itu manusia!

2 ulasan:

  1. Salam bro... Hebat posting bro... Dapatlah kiranya blog teman nie dilinkkan ke blog bro... http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ... TQ bro

    ReplyDelete
  2. maaflah..orang tua tu takkan makbul doanya!! Allah takkan terima doa orang yang menghina kekasihnya iaitu Nabi Muhammad..aku cukup yakin tu...haha perasan dirinya alim aulia konon hahaha...nak tergelak aku...hehehehehe

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk