Puak Royalti ini sebenarnya Keris malas nak ulas. Lantaklah nak buat apa pun. Tetapi makin lama makin melampau pulak. Mula-mula dia datang Putrajaya ramai-ramai, selepas itu sembahyang kat luar padahal masjid tak jauh.
Lepas itu baru-baru ini mereka dengan secara biadapnya mahu mencemarkan Perhimpunan Agung UMNO 2012 dengan berperangai macam budak-budak nak serah memorandum. Oh ya, mereka ini kumpulan kecil sahaja yang nak tunjuk konon ramai.
Rakan Keris daripada Kelantan mengadu berkenaan 4 orang puak Royalti yang memijak dan mencerca bantuan wang ehsan buat anak-anak Kelantan. Wah! Mereka nak duit royalti tetapi bantuan kepada anak-anak Kelantan untuk pergi belajar ditentang pula. Nampak tak perjuangan mereka itu bukan untuk anak-anak Kelantan?
Owh ada berita sampai ke telinga Keris juga yang mereka ini dibayar. Betul atau tidak tanya empunya badan. Mana mereka cekau duit ya?
K7L : Mungkin oghe kelate boleh terangkan pasal puak-puak ni..kawe malas nak layan..
Kena paham, kalau tak kerana dibayar untuk jadi begini, tak kan nak jadi barua secara percuma saja.....
ReplyDelete