19/03/2018

Malaysian Malaysia : DAP Tidak Pernah Buat Pusingan "U Turn" Langsung



Seinci pun DAP tidak pernah berganjak daripada prinsip dan perjuangan asalnya. Tidak pernah dengar lagi DAP mahu korbankan soal “Malaysian Malaysia” ini semasa bersama dengan PAS atau ketika bersama Mahathir sekarang.

Mahathir yang sentiasa berubah rubah dan sering buat pusingan "u turn". Sejak masuk pembangkang ini sudah lebih sepuluh kali Mahathir buat "corner" baring. 

Di Dewan Rakyat, Kit Siang menyatakan salah satu daripada impiannya adalah untuk melihat kewujudan sebuah negara berkonsepkan ‘Malaysian Malaysia’.

“Saya ada tiga impian iaitu yang pertama mewujudkan negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, DAP berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Ketiga, adalah memastikan yang menyokong DAP bukan sokong Cina Malaysia, bukan India Malaysia tetapi sokong Malaysian Malaysia,” tegas pemimpin diktator DAP selama 52 tahun itu.

Pengikut bunga yang baru setahun jagung dalam politik tidak faham agaknya apa maksud Malaysian Malaysia ini. Apakah itu Malaysian Malaysia? Ayat ini muncul ketika deklarasi yang dibuat oleh Malaysian Solidarity Convention pada tahun 1965 untuk menentang artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysian Solidarity Convention yang diketuai Lee Kuan Yew ketika itu menentang keras hak keistimewaan orang Melayu, kemasukan orang Melayu ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa untuk orang Melayu dan lesen perniagaan untuk orang Melayu yang terkandung dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketika itu Kit Siang adalah pembantu kepada Lee Kuan Yew, mereka bersungguh sungguh menentang perkara 153 ini dan menggunakan slogan Malaysian Malaysian untuk menghapuskan perkara 153.

Bila Singapura keluar dari Malaysia, DAP meneruskan slogan “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew ketika Malaysian Solidarity Convention pada tahun 1965.

Pada tahun 1985, Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia” dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Pada tahun 1997, dalam satu kenyataan, Lee Kuan Yew menyebut pentingnya Singapura bergabung semula dengan Malaysia. Pada tahun 2004,  Lee Kuan Yew dalam satu wawancara TV di Shanghai pernah berkata Singapura akan menyertai Malaysia semula tetapi dengan syarat UMNO harus dihapuskan ,setiap orang harus diberi kesaksamaan dan keadilan berdasarkan meritokrasi,” dedahnya.

Kini Kuan Yew sudah tiada, namun perjuangan asal PAP untuk hapuskan perkara 153 itu kini diteruskan oleh Kit Siang. Konsep Malaysian Malaysia DAP sudah dindoktrin dalam lagu DAP dalam lirik ini : ‘Bersama kita menuju satu matlamat: Malaysia untuk rakyat Malaysia’

Selepas ini, Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kena nyanyi logo DAP ini juga kerana mereka sudah bersetuju mahu guna logo DAP untuk bertanding pada PRU14 nanti.

“Saya terbuka… saya boleh bertanding untuk DAP pun…. mungkin (menjadi) presiden DAP,” kata Mahathir pada 13 Mac 2018. Kini Mahathir mahu bersama sama DAP untuk junjung konsep Malaysian Malaysia dan hapuskan hak hak orang Melayu yang ada dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

DAP hanya mahu pergunakan orang Melayu sahaja. Semalam, di akhbar Guan Ming Daily, Guan Eng sudah nyatakan jika calon-calon PPBM bertanding guna logo Roket DAP pada PRU14 nanti, persepsi di kalangan orang Melayu terhadap DAP sebagai sebuah parti anti-Melayu akan berubah. Nampak sangat niat jahat DAP.

Mahathir kini sudah tersungkur sepenuhnya di kaki DAP. Mahathir sudah menjadi alat DAP sepenuhnya. Roketkini pun sudah label Mahathir sebagai pejuang “Malaysian Malaysia” pada 16 Mac 2017. Mahathir sendiri pun sudah hadir ke pejabat DAP pada 2 Oktober 2017.

Mahathir kini sudah sealiran dengan Chen Man Hin, Penasihat DAP yang ada bersama ketika Kuan Yew buat deklarasi hendak hapuskan Perkara 153 pada 1965. Mahathir duduk bersamanya dalam Konvensyen DAP pada November 2016.

Chen Man Hin dilahirkan di China dan belayar ketika usia muda ke Tanah Melayu. Begitu juga Kit Siang yang belayar ke Tanah Melayu pada tahun 1957. Kini mereka berdua sudah dapat Mahathir untuk “screw’ orang Melayu dan dijadikan umpan bagi mencapai apa yang DAP hendak iaitu “Malaysian Malaysia”.

Oleh itu jangan terkejut kalau Penang Institute, sebuah badan yang Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang biayai pernah cadangkan bahawa penjawat awam harus dibuang beratus ribu orang di Putrajaya dan perlu hanya 430,000 orang sahaja.

Inilah yang DAP hendak lakukan menerusi “Malaysian Malaysia” sejak 53 tahun yang lalu. Kini Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bersedia untuk jadi alat DAP bagi menghapuskan hak hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 ini. Sungguh memalukan sekali. Pengkhinat bangsa, talibarut DAP !!!

K7L : Lee Kuan Yew jadi idola DAP.. tengok Melayu Singapura macam mana?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk