Ribuan pekerja China dilapor sedang giat menyiapkan kompleks penapisan dan petrokimia dekat sebuah jambatan yang menghubungkan ibu negara ini dengan Pulau Muara Besar, dekat utara Brunei.
Sebaik sahaja siap, fasa pertama kompleks bernilai AS$3.4 bilion (RM13.2 bilion) yang dikendalikan syarikat China, Hengyi Group itu akan menjadi projek pelaburan asing terbesar di Brunei dan muncul di saat amat diperlukan negara yang bergantung hasilnya kepada minyak.
Ketika kadar pengangguran dalam kalangan belia meningkat, pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan segera memperbaharui ekonomi negara dan mempelbagaikan sumber pendapatan sambil memerangi rasuah dan mengambil tindakan ke atas pembangkang.
Ketika firma perbankan seperti HSBC dan Citibank berundur dari negara ini tahun lalu dan 2014, Bank of China bagaimanapun mengambil langkah membuka cawangan pertamanya di sini pada Disember 2016.
Projek Muara Besar menjanjikan lebih 10,000 pekerjaan dengan separuh daripada angka itu mungkin diisi graduan baharu namun dakwaan ribuan pekerja China dihantar bagi membina kompleks itu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan. - Utusan
Alamak! Brunei pun dah kena beli dengan China? Inilah mentaliti pembangkang yang seringkali menabur fitnah. Malahan semua benda dikaitkan dengan negara China. Azmin pergi China tak kata nak jual Selangor pula?
Apapun kini Mukhriz nak mengaku orang negara mana kalau pergi luar negara? Kenya? Zimbabwe?
K7L : Pelik betull..
0 ulasan:
Post a Comment