26/03/2018

Mahathir Akan Terjah Ceramah 1MDB Arul Kanda Esok?



Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda ketika ini sedang melakukan siri `Roadshow' bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan 1MDB.

Alangkah menariknya jika ketika program itu diadakan, pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad boleh membuat kejutan dengan hadir ke program tersebut.

Mahathir boleh datang tanpa jemputan pada majlis penerangan oleh Arul Kanda ini dengan membawa bersama-sama bukti dan tuduhannya terhadap 1MDB. Mahathir boleh cakap `depan-depan' dengan Arul.

Ini kerana pada program yang diterjah oleh Mahathir iaitu Wacana Sinar Harian bertajuk, `Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?', yang bertujuan untuk membincangkan mengenai umur dan kemampuannya untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun, ia lebih berbaur kepada menyanjunginya.

Jika Mahathir boleh melakukannya pada forum itu, maka boleh beliau melakukan perkara sama pada program taklimat mengenai 1MDB oleh Arul.

Mahathir boleh bertekak atau mempersoalkan jawapan Arul dan beliau boleh tunjukkan sekali bukti-bukti yang diperkatakan mengenai 1MDB selama ini. Bila sudah bertemu, Mahathir tidak perlu lagi menggunakan alasan `saya dengar' atau `saya diberitahu' tatkala beliau menyerang 1MDB ataupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, nyatakan sekali apakah tuduhan khusus terhadap Perdana Menteri berkenaan 1MDB yang boleh dibawa ke mahkamah. Masalahnya selama ini pihak yang dituduh pula diminta mengemukakan bukti sedang mereka yang menuduh gagal membawa sebarang fakta, sebaliknya lebih bersandarkan spekulasi.

Kisah 1MDB telah diolah dan dimainkan secara persepsi oleh pihak Mahathir seolah olah amat mudah untuk wang beralih tangan. Bagi yang tidak tahu tentang urusan korporat sudah tentu akan mempercayainya dengan mudah.

Seperti kata Arul Kanda, kesilapan membuat keputusan korporat ( bad corporate decision ) sememangnya ada tapi itu bukan satu jenayah. Cuba lihat kepada Proton, ia tersilap dalam urusannya selama 30 tahun dan sentiasa meminta bantuan dari kerajaan sehingga RM13 billion perlu disalurkan untuk membela Proton.

Hanya menerusi isu 1MDB, ia dijadikan alat sabotaj oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib kerana beliau enggan menjadi `Pak turut' kepada Mahathir. Dalam hal ini, eloklah jika Mahathir dapat menghadirkan diri pada sesi penerangan mengenai 1MDB ini.

Ia tentunya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu ramai.

K7L : Mana ada telur...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk