21/03/2018

Part 1 - #JanjiDitepati - Ekonomi Yang Mampan, Dinamik & Inovatif #BukanHarapanPalsu



Kerajaan Barisan Nasional menjanjikan pelaburan serta perdagangan yang akan memberi impak positif kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia. Tiada istilah dibeli oleh negara lain mahupun digadai.

Konsep propaganda jahat ini harus dibuang jauh-jauh. Lihat pelaburan-pelaburan yang akan hadir dan telah hadir sebahagiannya memberi peluang pekerjaan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia.


Dan dengan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri Najib Razak, kedudukan ekonomi kita diiktiraf badan-badan dunia dan mendapat pujian pimpinan negara lain malahan ada yang mahu menjadikan gaya pengurusan ekonomi yang mapan Malaysia sebagai contoh. 

Desas-desus yang mengatakan negara kita akan bankrap telah kita dengar daripada tahun 1963 lagi. Berita pasal hutang negara masih menjadi senjata palsu yang mana mahu mengaburi mata rakyat yang tidak faham tentang pengurusan ekonomi negara. 


Dalam usaha Malaysia mencapai negara yang berpendapatan tinggi dengan kemudahan infra serta berpendapatan tinggi untuk rakyat, Kerajaan Barisan Nasional berjanji untuk memberi latihan dan suntikan dana khas buat rakyat yang memulakan mahupun memerbesarkan perniagaan.

Program Keusahawan Sosial ini memberi manfaat bukan sahaja kepada peniaga tetapi akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Insentif dan program khas ini merupakan usaha daripada Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah berhenti untuk menambah pendapatan rakyat melalui usaha sendiri.

K7L : Sambung lagi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk