07/03/2018

Fakta Tentang Sarawak Report Yang Perlu Malaysia Tahu!




Ini merupakan fitnah terbaru Sarawak Report. Menjelang PRU14, Sarawak Report Mula Menyerang KWSP Dari Luar Negara

Semakin dekat dengan tarikh PRU14, maka makin rancaklah portal dari luar negara digunakan sebagai meriam pembangkang untuk menyerang dan membuat fitnah.

Tidak mengejutkan apabila Sarawak Report (SR) membuat fitnah terbaru terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya berlaku pemindahan bon atau dana kepada beberapa syarikat di luar negara.

“Surat Ganti Rugi” palsu bertarikh 20 Ogos 2015 digunakan oleh Sarawak Report. KWSP menafikan dakwaan jahat itu. KWSP tidak pernah berurusan mahupun memetrai perjanjian dengan Limage Holding SA, Limage Soutwest Holdings dan individu yang bernama “Mr Matrai” yang didakwa Sarawak Report.

KWSP sudah pun membuat laporan polis pada 28 Februari 2018 atas fitnah terbaru Sarawak Report itu.

Jika dulu serangan utama ditumpukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini ia mula beralih kepada syarikat milik kerajaan (GLC) pula sedangkan semua pihak tahu bahawa sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus KWSP memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.

Ini bukan kali pertama KWSP diserang Sarawak Report, sebelum ini pada 18 Januari 2018, KWSP telah difitnah kononnya cuba menyelamatkan Battersea Power Station di London.

Sedangkan hakikatnya, projek Battersea Power Station bernilai £8 billion itu diusahakan bersama oleh KWSP, PNB dan SP Setia. PNB memiliki 67% saham dalam SP Setia. Battersea itu dimiliki 100% oleh Sime Darby, SP Setia dan KWSP. PNB dan KWSP memiliki 62% saham dalam Sime Darby.

Kita baca sikit Throwback :

AIDCNews -07/08/17 – Penolakan mahkamah London berkenaan hujah Clare Rewcastle Brown, yang mendakwa dia tidak mahu membawa kes itu di Mahkamah Malaysia kerana badan Kehakiman, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan Ketua Pengarang Sarawak Report berhujah tanpa bukti kukuh.

“Bukan sahaja hujahnya ditolak oleh hakim, ia juga menunjukkan bahawa dia gagal untuk mengemukakan bukti bagi menyokong tuntutannya walaupun mengambil masa selama berbulan-bulan.

“Hakikatnya, mahkamah secara jelas menyatakan bahawa dia tidak boleh secara membabi buta melabelkan negara berdaulat (atau badan kehakimannya) sebagai korup tanpa bukti kukuh, terutamanya sejak United Kingdom (UK) dan Malaysia berkongsi hubungan dua hala yang baik,” kata Raggie Jessy dalam satu rencana dalam laman thethirdforce.net.

Raggie Jessy berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah London Rabu lepas, 2 Ogos 2017, yang menetapkan Abdul Hadi hanya perlu membayar RM80,0000 dan bukannya RM4.5 juta (£ 800,000) sebagaimana yang dituntut oleh Cik Rewcastle sebagai deposit jaminan keselamatan, sekiranya Presiden PAS itu kalah dalam kes berkenaan.

Saman itu dikemukakan PAS apabila Cik Rewcastle melalui Sarawak Report menuduh Perdana Menteri Malaysia, Dato ‘Seri Najib Tun Razak telah merasuah Abdul Hadi selaku Presiden PAS sebanyak RM90 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dan jangan lupa, kita bercakap tentang badan kehakiman Malaysia, badan kehakiman yang memberikan lebih banyak kemenangan kepada pembangkang di Malaysia berbanding dengan kerajaan Malaysia sendiri, dengan purata 8: 2 yang memihak kepada pembangkang.

“Malah, Majlis Peguam Malaysia telah dituduh berpolitik terhadap kerajaan, dengan bukti menunjukkan bahawa suatu dana telah disalurkan dari asas yang diragui, yang diketahui mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas dunia,”ulasnya lagi.

Tegas Raggie Jessy, penolakan mahkamah London berkenaan tuduhan tanpa bukti mengenai sistem kehakiman di Malaysia memberi implikasi negatif kepada Cik Rewcastle dan Sarawak Report.

“Jadi ia menampakkan kebodohan Cik Rewcastle, mungkin dia tidak menyedari bahawa kegagalannya mengemukakan bukti di mahkamah London telah mendorong hakim untuk memberikan penghakiman priori terhadap idea Najib atau badan kehakiman Malaysia adalah korup. Dalam erti kata lain, kini telah terbukti bahawa dakwaan Cik Rewcastle dalam pendedahannya sebelum ini hanyalah suatu kerja fiksyen.

“Dan ini bermakna, rakyat Malaysia boleh yakin bahawa Laporan Sarawak hanyalah portal berita palsu yang menghasilkan transkrip e-mel, resit membeli-belah, dokumen perbankan, laluan wang dan apa yang ada pada anda, tidak ada yang sahih, tidak ada yang boleh dipegang dalam mahkamah undang-undang,”ulasnya lagi.

K7L : Masih ada yang mahu percaya?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk