Termalu Pakatan apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menyokong usaha penggubalan undang-undang sekat penyebaran berita palsu. Mana tidaknya, selama ini pembangkang membantah usaha tersebut.
Baginda bertitah langkah itu wajar memandangkan media sosial adalah medium yang amat berpengaruh dalam membentuk nilai-nilai budaya dalam sesuatu masyarakat. Pastinya rakyat akan sokong titah Tuanku.
Tapi, kenapa Pakatan beriya-iya sangat bangkang sedangkan langkah itu untuk kebaikan semua pihak? Jawapannya mudah saja. Mereka khuatir lah jika undang-undang baru ini diluluskan di parlimen kelak, mereka tak boleh lagi gunakan senjata mereka untuk menabur fitnah terhadap kerajaan khususnya saat-saat akhir menjelang PRU14.
Contohnya macam Rafizi - dia lah paling galak sebar fitnah. Kalau fitnah tak mengena, dia senang-senang minta maaf macam kes kontrak Ekspo Negaraku yang kononnya diberi pada ‘abang’ Rahman Dahlan. Sia-sia peniaga Florence Goh kena tuduh melobi Amerika Syarikat untuk BN tapi akhirnya Rafizi kata “sorry”. Ini tidak termasuk saman sivil dan kes jenayah.
Jadi memang wajar lah kerajaan nak gubal undang-undang baru ni, sebab wujud manusia macam Rafizi. Kalau tak sebar fitnah, tak perlu takut!
K7L : Daulat Tuanku..
0 ulasan:
Post a Comment