29/03/2018

Malaysia Sebagai Contoh Kepada Negara Islam Lain!


Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara yang menghormati kesatuan dalam kepelbagaian dengan kerajaan bertindak membenarkan amalan beragama. Kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam diiktiraf menerusi statusnya sebagai negara terulung melaksanakan dan mengamalkan sistem perbankan dan insurans Islam.

Walaupun mendukung Islam sebagai agama Persekutuan, kebebasan untuk golongan bukan Islam mengamalkan kepercayaan masing-masing tetap terjamin, terpelihara dan kekal dalam Perlembagaan. Kami akan meneruskan kerja-kerja Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama untuk menggalakkan bukan sahaja toleransi tetapi penerimaan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini.




Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.
  • Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.
  • Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.
  • Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.
  • Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.
  • Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
  • Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
  • Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
  • Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Setakat ini, kami telah:

  • Memperoleh pengiktirafan global berhubung keharmonian agama di negara kita.
  • Mengiktiraf perayaan keagamaan sebagai acara negara dan cuti umum.
  • Menjadikan Tabung Haji sebagai model badan pengurusan haji yang paling cekap.
  • Memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai model negara membangun dan penyumbang idea-idea kepada negara-negara Islam lain.
  • Mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin dunia dalam pasaran modal dan kewangan Islam, pendidikan Islam dan sebagai hab halal antarabangsa.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada pelbagai badan keagamaan untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Memperkenalkan perbincangan antara agama untuk terus memupuk keharmonian.
  • Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Vatican.


K7L : Hebat Malaysia..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk