Menjelang Pilihan Raya Umum KE-14 (PRU14) ini, macam-macam lakonan dipaparkan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan yang paling ketara ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sebagai sebuah parti yang kebanyakan ahlinya adalah serpihan UMNO PPBM penuh optimis kononnya akan menjadi parti yang setanding dengan tunjang BN itu.
Namun hakikatnya PPBM tidak boleh menjadi seperti UMNO malah parti yang dibimbing oleh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir Mohamad itu tidak mampu menjaga Melayu dan Islam.
Ia didedahkan sendiri oleh bekas pengasas PPBM dan orang kuat parti itu, Anina Saadudin. Beliau yang juga bekas Ketua Srikandi PPBM mendedahkan hakikat sebenar mengenai parti itu. Katanya PPBM merupakan parti yang paling kecil dalam Pakatan Harapan.
Justeru kekuatan kecil yang ada pada PPBM untuk bersuara hanyalah disebabkan Mahathir semata-mata. Jika tiada Mahathir, maka PPBM akan dipinggirkan kerana pemimpinnya yang lain iaitu Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir tidak mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam PH.
Jika Mahathir sudah tiada lagi, Muhyiddin dan Mukhriz tidak mampu untuk menjadi dominan atau ketokohan dalam Pakatan Harapan. Apatah lagi DAP merupakan sebuah parti dominan yang sukar untuk disentuh oleh sesiapa.
"Pakatan Harapan didominasi oleh DAP. Dalam Pakatan Harapan itu pernah ke kita dengar mereka memperjuangkan untuk orang Melayu. Macam mana dia nak memperjuangkan agenda orang Melayu kerana DAP berada di situ.
"Parti PPBM baru berusia dalam dua tahun, jumlah keahliannya sangat kecil, hanya 100,000 di dalam Pakatan Harapan itu sendiri. PPBM adalah parti yang paling kecil," kata Anina dalam program Sembang-sembang Je yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online pada 6 Mac lalu.
Sekiranya PPBM yang kononnya sebuah parti ‘duplikasi’ kepada UMNO itu pun teragak-agak mahu perjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam, apatah lagi PAN dan PKR? Bolehkan mereka diharapkan untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam?
Januari lalu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah menyatakan bahawa kemungkinan besar PPBM akan dibuka kepada semua kaum dan beliau menjangkakan PPBM) cuma akan bertahan sebagai parti Melayu dan Bumiputra sehingga selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.
Katanya, tempoh paling PPBM bertahan adalah 10 tahun selepas membentuk kerajaan ekoran beliau tidak yakin parti mampu bertahan sebagai sebuah parti berasaskan sebuah kaum semata-mata.
"Parti berasaskan sebuah kaum sahaja tidak akan bertahan lama. Sepertimana saya katakan secara terbuka kepada media dan kepada pemimpin tertinggi parti, saya jangkakan setelah kita mengambil alih Putrajaya, dan melakukan reformasi institusi diseluruh media dan memastikan pendidikan tidak lagi berasaskan kaum, saya rasa dalam tempoh 10 tahun atau dua penggal, BERSATU dan kemungkinan besar UMNO akan membuka kepada semua kaum," katanya dalam sesi temubual bersama Radio BFM.
Persoalannya mana mungkin sebuah parti berbilang bangsa mampu perjuangkan orang Melayu dan agama Islam sebagai prinsip utama mereka?
Sedangkan PKR dan DAP yang dianggap berbilang bangsa itu pun tidak mampu menguatkan orang Melayu dan agama Islam, apatah lagi PPBM yang baru berusia ‘setahun jagung’ ini.
Justeru, Pakatan Harapan tidak akan mampu menjadi juara kepada orang Melayu dan tidak akan sesekali meningkatkan martabat kesucian agama Islam di Malaysia jika mereka peroleh kuasa. Akhirnya, Malaysia akan menjadi sebuah negara sekular.
K7L : Jangan sebab fitnah kalian perjudikan agama..
0 ulasan:
Post a Comment