30/03/2018

Video - Kerajaan Menyusahkan Rakyat Dengan Urusan Agensi?



Apa itu UTC?

Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar merupakan salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Komuniti bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.

Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi memastikan komuniti bandar mendapat perkhidmatan dan berurusan di bawah satu bumbung. Sebagai satu pusat yang menggabungkan Perkhidmatan Guna sama Kerajaan seperti Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, e-Perolehan, Imigresen serta Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL).

UTC mampu menjadi medium berkesan dalam membantu meringankan beban penduduk terutamanya mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup dengan mendapatkan bekalan barangan harian dengan harga berpatutan.



UTC yang pertama di Melaka telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Jun 2012.

UTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan semua inisiatif program dan perkhidmatan kerajaan menawarkan perkhidmatan secara maksimum kepada rakyat sebagai pusat sehenti.

UTC adalah lambang kepada inisiatif berterusan kerajaan, melalui kaedah yang lebih inovatif dan kreatif serta memberi impak besar kepada kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan kerajaan.

Apakah Objektif Pelaksanaan UTC?

Objektif pelaksanaan UTC adalah untuk:
Memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta tanpa perlu ke mana-mana bangunan kerajaan yang lain dalam satu-satu masa ; "Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan" secara bersepadu melangkaui waktu operasi biasa pejabat.
Memudahkan masyarakat bandar untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan di bawah satu bumbung melalui Program Transformasi Bandar.



Apakah faedah yang diperolehi daripada UTC?

  • Komuniti bandar akan menikmati faedah seperti berikut: 
  • Perkhidmatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan berbentuk one stop centre. 
  • Membuat pelbagai urusan dalam satu bangunan dengan penjimatan masa dan kos. 
  • Keutamaan kepada rakyat dengan memberi keselesaan dalam kehidupan menerusi perkhidmatan yang lebih efisyen dan menjimatkan. 
  • Menjadi pelengkap kepada program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan perkhidmatan, inisiatif dan program kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat. 
  • Memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dan swasta. 

Rantaian Kehadapan

Dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat, Kerajaan juga turut menyediakan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile Community Transformation Centres) atau lebih dikenali sebagai Mobile CTCs.


K7L : Apa lagi nak?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk