06/03/2018

Duit 1MDB Tidak Hilang, Yang Hilang Adalah RM31.5 Bilion Duit Bank Negara



Semakin dekat dengan pilihan raya umum ini, semakin galak pembangkang memainkan isu kononnya duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hilang. Naik muak mendengarnya tapi itulah yang dijajanya setiap hari dengan matlamat fitnah yang ditabur itu akan melekat di kepala pengundi.

Dalam erti kata lain, pembangkang sebenarnya menghina intelektual rakyat Malaysia dengan menyebarkan cerita basi dan tidak betul itu. Sudah lebih tiga kali cerita itu diulang ulang sejak tahun 2015 lagi.

Sedangkan siasatan sudah pun selesai dijalankan terhadap 1MDB. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah menyiasat 1MDB dan tiada kesalahan dikesan pada syarikat itu.

PAC sendiri dianggotai oleh beberapa orang ahli parlimen pembangkang dan mereka sendiri memperakukan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas daripada tuduhan penyelewengan melibatkan 1MDB, jadi apa lagi yang pembangkang mahu?

Malah Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP yang menemui kebenaran tentang 1MDB bila berada dalam PAC, kini sudah disisihkan oleh DAP hanya kerana Tan Seng Giaw sudah berjumpa dengan kebenaran dan cerita yang sebenar.

Dulu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad sibuk mengatakan bahawa 1MDB kehilangan RM42 bilion, namun lama-kelamaan apabila penjelasan diberikan, beliau tidak lagi menjadikan ia sebagai bahan kempen.

Sebaliknya Mahathir menggunakan cara lain dengan menyifatkan ibadat haji yang dilaksanakan di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri- Yayasan 1MDB tidak mendapat haji mabrur.

Disebabkan keangkuhan itu, Mahathir telah dikecam oleh orang ramai termasuk mufti-mufti yang memintanya berhenti daripada menghakimi orang lain.

Ketika Mahathir sibuk mengata mengenai 1MDB, beliau terlupa akan kehilangan RM31.5 bilion oleh Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing, semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu.

Siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes itu telah diadakan dan Suruhanjaya tersebut percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu merelakan tindakan Menteri Kewangan yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion.

Keputusan itu dicapai selepas inkuiri terbuka diadakan dengan memanggil 25 saksi dan mengambil kira pelbagai bukti dokumen yang relevan. Suruhanjaya itu mempunyai alasan kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa BNM mengalami kerugian berjumlah RM31,5 bilion akibat urus niaga forex pada 1992, 1993 dan 1994.

Bukan itu sahaja, malah bekas editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain, dalam buku tulisannya Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times telah mendakwa bahawa Mahathir membazirkan wang negara sebanyak RM100 bilion.

RM100 bilion dalam 1990 mungkin bernilai RM389 bilion sekarang ini. Wain turut mendakwa berlaku banyak kegiatan rasuah dan salah guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. 

Mahathir bagaimanapun tidak pernah menyaman Wain menyebabkan dakwaan itu kekal. Memandangkan beliau tidak menyaman Wain, adakah ini bermakna tuduhan itu benar?

Pembangkang kini cuba menanam kembali isu 1MDB dalam kepala rakyat kononnya ia telah diseleweng. Macam-macam yang ditabur hinggakan fitnah kononnya Najib akan ditangkap oleh FBI dan Interpol jika beliau keluar negara.

Lukisan, kapal terbang dan kapal layar yang dikaitkan dengan Jho Low itu tidak dibeli dengan duit 1MDB. Baca pautan ini :

https://www.facebook.com/tokadithejustice/posts/1686848844743398

Begitu teruk sekali fitnah dilemparkan. Namun Najib membuktikan itu semua hanya fitnah malah beliau bebas ke luar negara. Sejak tuduhan itu dibuat yakni pada 2016, cuba kira sudah berapa kali Najib ke luar negara? 

Bahkan beliau sudah sampai ke Amerika Syarikat, tetapi tiada pula FBI menangkapnya. Kesimpulannya janganlah percaya akan tohmahan pembangkang. Kerana terdesak hendak kuasa, pembangkang akan berdusta dan mereka cerita cerita yang dibuat dari luar negara.

Usah biar minda kita terperangkap dengan laporan palsu dan berita dari portal Sarawak Report yang dibiayai oleh dana George Soros, penyagak mata wang antarabangsa ini untuk menjajah Malaysia.

Diulang sekali, apa yang Mahathir tulis dalam blognya baru baru ini mengenai kehilangan duit 1MDB adalah tidak betul. Yang betul betul hilang adalah duit di Bank Negara dulu. Hilang entah ke mana. Mahathir jawab ‘tidak tahu” sahaja.

K7L : Mahathir boleh jadi gila tiap kali soalan ini keluar..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk