Masalah perumahan di kawasan bandar bukan benda baru. Maka Kerajaan saban tahun akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka yang belum memiliki rumah sendiri.
Berita baik pada penyewa PPR! Dalam usaha memberi pemilikan rumah kepada penyewa serta mewujudkan perasaan 'self-belonging' kepada rumah-masing, kerajaan menawarkan skim 'rent-to-own' (sewa untuk beli) kepada penyewa.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar bagaimanapun berkata skim berkenaan ditawarkan hanya kepada penyewa asal.
"Oleh kerana kita dapati ada PPR yang disewa dan ada pula sewa atas sewa, jadi langkah pertama kita akan buat 'pemutihan' untuk pastikan mereka yang berada di situ adalah penyewa asal
"Apabila kita buat pemutihan kita akan beri penawaran kepada mereka dengan skim rent-to-own yang mana pihak penyewa ini diberi tawaran memiliki rumah dengan tanpa apa-apa deposit.
"Sekiranya kita dapati penyewa ini merupakan pembayar sewa yang baik, sewaan yang mereka buat sebelum ini akan diambil kira," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Parlimen.
K7L : Tq Tan Sri...
0 ulasan:
Post a Comment