22/03/2018

RM78 Juta Peruntukan Untuk NGO Laksana Program Wanita



Kerajaan di bawah pentadbiran PM Najib Razak terus komited membantu golongan wanita dengan mewujudkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada mereka. 

Menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  RM78.5 juta telah dibelanjakan bagi membantu 1,771 NGO sejak 2001 sehingga 2016 melalui pelaksanaan 4,318 program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, dan memberi manfaat kepada 850,660 wanita di seluruh negara. 

Program yang dilaksanakan oleh pelbagai NGO ini adalah untuk memastikan golongan wanita peroleh ilmu serta pengetahuan baharu, selain mereka didedahkan dengan keperluan dalam menangani keganasan terhadap diri mereka.

Sementara itu, undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga juga telah diwujudkan bagi memastikan wanita yang menjadi mangsa penderaan dan keganasan diberikan perlindungan segera dan cepat tanpa melalui perundangan.

K7L : Peruntukan untuk Wanita.. Izzah mesti jeles...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk