16/03/2018

Video - Azmin Mengamuk Lagi Selepas Video Ini Pula Tersebar?



Krisis bekalan air di Selangor yang membebankan rakyat di negeri itu dan sekitar Lembah Klang adalah berpunca daripada kedegilan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang sehingga kini enggan membuat tawaran harga kepada Syarikat Pengeluaran Air Sungai Sela­ngor Sdn. Bhd. (Splash).

MAXIMUS ONGKILI

Berikutan itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, Kerajaan Persekutuan tidak dapat memberi bantuan termasuk pinjaman sekiranya diperlukan bagi menyelesaikan krisis tersebut.

Seperti yang dijelaskan beliau, dalam hal berkenaan, Kerajaan Persekutuan ber­tindak sebagai pe­mudah cara antara Kerajaan PKR Se­langor dengan pihak yang mahu membeli aset air.

“Anda hanya perlu membuat tawaran harga kepada Splash mengikut yang dipersetujui kedua-dua pihak dan saya akan duduk bersama mewakili Kerajaan Persekutuan membantu dari segi pinjaman.

“Sekiranya anda tidak me­lakukan tawaran harga, pe­ranan Kerajaan Persekutuan pun tidak ada. Sudah banyak kali perjanjian ini ditangguhkan hanya kerana Menteri Besar Selangor takut akan ba­yang-bayang Yang Berhormat Bandar Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berhubung krisis air Selangor semasa sesi pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Maximus turut membidas Mohamed Azmin yang dianggap cuba mengelak daripada dipersalahkan dalam isu krisis bekalan air di Selangor.

“Sebagai contoh, katakan Menteri Besar mahu meminang anak dari Kota Belud tetapi meminta saya tentukan jumlah hantaran, bagus saya kahwin sendiri daripada tentukan hantaran orang lain, begitukah?

“Mohamed Azmin tidak berani untuk membuat tawaran harga. Sebut sahaja harga dan Kerajaan Persekutuan sedia bantu selesaikan masalah jika tidak, anda hanya menyebabkan rakyat Selangor menderita. Catuan air disebabkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu Maximus berkata, kerajaan akan bertindak meneliti segala pilihan perundangan termasuk menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2005 (Akta 655) sebagai jalan penyelesaian sekiranya krisis bekalan air di Selangor.

Sementara itu ketika menjawab soalan tambahan Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Besar) berhubung kesan pe­nangguhan penstrukturan air di Selangor, beliau membe­ritahu, Pengurusan Aset Air Berhad terpaksa menanggung beban kewangan dengan kadar faedah sebanyak RM60 juta setahun selepas memberi pinjaman sejumlah RM1.68 bilion bagi membolehkan tiga syarikat mengambil alih.

“Situasi itu turut menye­babkan Splash dibebani hutang berjumlah RM4.42 bi­lion oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas),” katanya

Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk