05/03/2018

Bila Nak Turunkan Gaji MB Selangor?



Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, “Kenaikan cukai rumah dan hartanah di Selangor dan Pulau Pinang yang tinggi adalah untuk menampung perbelanjaan politik ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut. Akibatnya rakyat ditekan untuk bayar cukai rumah dan hartanah serta harga rumah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang akibat kautan cukai negeri yang tinggi ini.”

“Mengikut data kes SPRM, terdapat peningkatan kes-kes rasuah di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakangan ini sejajar dengan peningkatan hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan negeri.”

Tambahnya lagi, “Apabila kerajaan Pakatan naikkan cukai rumah dan hartanah dengan mendadak, mereka juga telah naikkan gaji dan elaun mereka sendiri sehingga gaji MB Selangor kini lebih tinggi dari gaji PM.”

“Saya tidak faham bagaimana MB Selangor boleh naikkan gajinya sendiri sedangkan masalah-masalah asas seperti masalah air, sampah sarap dan perumahan mampu milik masih belum diselesaikan. Saya rasa kita kena turunkan gaji MB Selangor, sekurang-kurangnya sehingga masalah-masalah asas ini diselesaikan.”

“Saya sarankan supaya gaji MB Selangor diturunkan semula kepada yang sepatutnya supaya tak ambil banyak dari wang rakyat. Elaun penjawat awam di Selangor mungkin boleh dinaikkan, namun gaji MB perlu diturunkan ke paras yang lebih munasabah. Kita mahu berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kayakan diri sendiri.”

Isham berkata ketika ditemubual oleh portal berita KL Express di Kuala Lumpur minggu lepas.

K7L : Menjawab laaa Azmin..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk