28/03/2018

Orang DAP Puji Pengangkutan Awam Di Malaysia?



Pengangkutan awam terus menjadi fokus di era pentadbiran Najib Razak . Menyedari jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya semakin bertambah suatu perancangan serius harus dilaksanakan agar Bandar-bandar utama di Negara kita khususnya di lembah klang tidak menjadi Bandar yang akan dikenali dengan Bandar kesesakan seandainya satu langkah konkrit tidak dicadang serta dilaksanakan.



Menyorot kembali ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11 pada 21 Mei 2015 lalu , Perdana Menteri telah mengumumkan di dalam teras ke 7 untuk memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan di dalam teras berkenaan sebanyak 4 strategi telah disusun di dalam bidang fokus A iaitu membangunkan sistem pengangkutan bersepadu berdasarkan keperluan.

4 Strategi berkenaan akan dicapai melalui

  • Memperkukuhkan ketersambungan merentasi pelbagai mod pengangkutan dan wilayah
  • Meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan dan perkhidmatan operasi pengangkutan
  • Meningkatkan kapasiti akses dan operasi
  • Memperkukuhkan rangka kerja kawal selia dan institusi sektor pengangkutan



Melihat perkembangan sistem pengangkutan bersepadu awam negara kita, Suruhanjaya pengakutan awam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD) dilaporkan sedang membuat kajian mengenai sistem tram sebagai alternatif kaedah pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Perkara berkenaan dilaporkan ketika program laporan Pelan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 baru - baru ini.

Rancangan kerajaan mengadakan kajian ke atas perkhidmatan tram sebagai alternatif kaedah pengangkutan awam di Kuala Lumpur berkenaan adalah salah satu inisiatif yang harus dipercepatkan kerana ianya diperakui serta diamalkan di bandar-bandar besar lain serta mampu menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan masalah kesesakan jalan raya yang cukup sinonim dengan kehidupan di bandar raya.

Menurut laporan itu lagi kajian tersebut akan selesai pada tahun depan dan ini adalah antara langkah selain pengumuman kajian laluan keretapi yang menghubungkan Pelabuhan Klang- ke Tumpat (ECRL), sistem MRT aliran Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya dan keretapi laju Singapura ke Kuala Lumpur.

Dengan laporan itu juga, kita bakal menyaksikan satu anjakan baru di dalam sistem pengangkutan awam darat negara dan ianya dilihat konsisten di era pentadbiran Najib Razak di dalam memastikan slogan rakyat didahulukan itu tercapai. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk