27/03/2018

Video - Lim Guan Luluskan Kilang Papan Haram Di Pulau Pisang?



Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengeluarkan senarai kilang yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang.

Naib presidennya Rahmad Isahak berkata ini kerana PAP menerima maklumat terdapat lebih 200 kilang haram beroperasi di Pulau Pinang dengan 150 buah beroperasi di Seberang Perai dan 53 lagi di bahagian pulau.

Beliau mendakwa sebanyak 51 buah beroperasi di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (90) dan Seberang Perai Selatan (9) manakala di bahagian pulau mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung (11), Air Itam (3), Sungai Pinang (32), Batu Lanchang (2) dan masing-masing 1 di Bayan Lepas, Padang Kota, Kebun Bunga, Datuk Keramat dan Air Putih.

“Ini maklumat yang kita terima daripada sumber yang relevan. Ini bermakna kesahihan kepada maklumat yang kita perolehi ini perlu diterjemahkan oleh kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

“Mereka perlu menyiasat segera dan keluarkan senarai bagi menyokong informasi yang kita utarakan hari ini,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, kilang, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Mengulas lanjut, Rahmad berharap kedua-dua PBT itu dapat mengeluarkan senarai berkenaan dalam tempoh 2 minggu ini. - FMT


K7L : Oh! Berita atas ini di Pulau Pinang tapi mirip Pulau Pisang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk