09/03/2018

Surat Pengundi Batu Caves Kepada Adun Batu Caves Yang Ada Di Germany



Ketika rakyat Selangor sedang menderita akibat krisis bekalan air yang paling buruk sejak diperintah pakatan pembangkang sepuluh tahun lalu, exco kerajaan negeri YB Amirudin Shari (Batu Caves) berjimba di Berlin, Jerman.

Amirudin langsung tak mempunyai rasa malu keluar negeri lari daripada krisis yang menyebabkan penduduk Lembah Klang kini seperti berada di negara padang pasir.

Kononnya Amirudin ke Eropah nak bercakap tentang kebudayaan dan pelancongan Selangor. Dia lupa yang dia dilantik sebagai exco untuk berkhidmat kepada negeri Selangor dan bukan untuk memuaskan hati pihak asing. Lebih-lebih lagi Amirudin bukanlah exco pelancongan yang sebenarnya disandang oleh YB Elizabeth Wong.

Menulis di FB, Amirudin berkata beliau konon akan membentangkan peta kebudayaan Selangor yang entah apa gunanya kepada mat-mat saleh di sana? Program peta kebudayaan itu juga merupakan satu projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat Selangor dan hanya sebagai alasan untuk beliau berjimba ke Eropah di saat rakyat termasuk warga Batu Caves sedang kesusahan.

Apabila pulang nanti, rakyat Selangor mahu tahu apakah hasil yang terlalu hebat dan beliau perolehi di sana? Apakah kebaikan langsung kepada rakyat Selangor hari ini? Selain itu, rakyat Selangor juga perlu tahu siapa yang turut serta di dalam rombongan berkenaan dan berapa kos yang terpaksa dibayar dengan wang rakyat bagi menaja perjalanan Amirudin dan seluruh deligasi beliau?

Kalau beginilah sikap yang tidak peka ketika rakyat Selangor menderita, Amirudin tidak layak sama sekali menjadi wakil rakyat bahkan exco di Selangor.

Pilihan raya akan datang adalah masa terbaik untuk Amirudin ditolak terutama beliau terus dibelit oleh pelbagai masalah dan banyak program di bawah seliannya telah gagal!

Kita masih ingat daripada Temasya Selangorku pada 2016, “festival durian mentah” yang memalukan negeri Selangor sehinggalah penafian penggunaan Stadium Shah Alam oleh FAS baru-baru ini yang kesemuanya berpunca daripada “YB pendek Batu Caves” itu.

Selangor berasa mahu dengan sikap tidak matang, tidak tahu berterima kasih dan sombong Amirudin. Kalau beliau mahu terus tinggal di Jerman pun tidak mengapa, dan pulanglah sahaja ketika kerajaan negeri Selangor sudah kembali kepada BN. Bukan lagi Pakatan Haprak seperti sekarang.

Rahman,
Pengundi Batu Caves.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk