13/03/2018

Ikut Hasrat PH, Negara Hilang RM416.6 bilion #HarapanPalsu




Kalau ikut congak-congak PH, habis semuanya meraka mahu mansuhkan. Kerajaan akan rugi RM416 bilion jika benar-benar GST, PTPTN, tol dan duti eksais dihapuskan.

Mansuh GST negara hilang pendapatan RM45 bilion, tol (RM338 bilion), PTPTN (RM3.9 bilion) dan duti eksais (RM2.4 bilion). Jika kesemua ini dihitung, hutang negara akan naik berkali ganda.
Pembangkang hanya mahu tarik tali dalam isu pemasuhan GST, tol, PTPTN dan duti eksais walhal mereka tahu pendapatan negara akan berkurangan secara mendadak.

Jika dicampur jumlah tersebut dengan hutang negara sebanyak RM686 bilion, ia akan meningkat kepada RM1 trilion, menjadikan hutang negara naik kepada 78 peratus, berbanding sekarang kira-kira 50 peratus.

Sebab itu, Mahathir sendiri pernah mengakui PH tidak mampu melaksanakan kesemua janji mereka. PH hanya mampu berjanji, tetapi tidak mampu menunaikan janji meskipun di negeri mereka tadbir.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk