31/03/2018
Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Raih Populariti Semata Mata
08:00
No comments
Sekali lagi Mahathir buat “u turn” tentang manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times, Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.
"Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.
"Saya katakan, kita perlu mengekalkan jalan bertol. Anda perlu membina lebih banyak jalan kalau hapus tol. Di manakah kerajaan hendak cari wang untuk mengawal selia jalan ini dengan sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini, " kata Mahathir kepada akhbar Sunday Times, Singapura semalam.
Maknanya janji hapuskan tol hanya janji untuk raih populariti semata mata sahaja. Tidak berniat pun hendak buat apa yang dijanjikan. Mahathir dalam sejarahnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan kutipan di satu tol iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.
Pada 8 Mac lepas, baru sahaja lancar manifesto di Shah Alam janji hendak mansuhkan tol dan sebagainya. Kemudian, tidak sampai sebulan sudah tukar pula kenyataan kata susah pula hendak mansuhkan tol.
Ini bukan kali pertama Mahathir berkata janji yang dibuat oleh pakatan pembangkang tidak akan dipenuhi mereka jika mereka dapat Putrajaya. Pada 20 Februari 2018, Mahathir ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor menyatakan ;
"Kita tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan. Kita berpendapat, kewangan kerajaan ketika itu mungkin tidak boleh menampung janji yang keterlaluan.
"Berikutan itu, kita akan membuat janji setakat yang mampu sahaja dan akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi," kata Mahathir.
Mahathir pun akui duit tidak cukup untuk tunaikan semua janji yang pembangkang buat. Ini selari dengan apa yang sudah diulas sebelum ini bahawa negara ini akan hilang hasil sejumlah RM416.6 billion jika mengikut semua janji yang dibuat pembangkang.
Itu anggaran hasil yang akan hilang menurut Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara. Pemansuhan GST akan menghilangkan RM45 billion, tol sebanyak RM338 billion, duti eksais RM2.4 billion dan PTPTN RM3.9 billion.
Apa yang diperkatakan ini akhirnya Mahathir akui sendiri dalam temubual dengan akhbar Singapura itu. Kerajaan tidak ada duit untuk kawal selia lebuhraya kalau mansuhkan tol.
Pada 10 Januari 2018, Mahathir sendiri sudah akui bahawa kadar tol di Malaysia adalah yang paling murah di dunia dalam satu sesi bual bicara di facebooknya.
“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah. Ketika saya di negara Jepun, saya dapati bahawa satu jambatan (mengenakan) bayaran sebanyak RM270 sehala” kata Mahathir.
Sudah terbukti sekarang, Mahathir pun sudah mengakui bahawa semua manifesto dan janji janji yang dibuat oleh pembangkang itu hanyalah bersifat populis sahaja. Tidak akan ditunaikan pun oleh mereka.
Jadi, tiada apa yang akan berubah kalau negara ini diperintah oleh pembangkang dalam masa 100 hari, 2 tahun atau 10 tahun. Malah akan jadi lebih teruk kerana negara kekurangan hasil. Boleh jadi bankrup dan negara gagal seperti yang disebut sebut Mahathir dan Kit Siang.
Samalah juga apa yang pembangkang janji dahulu di Pulau Pinang dan Selangor, selepas 10 tahun, apa yang dijanji tidak dibuat pun.
Hari ini, Selangor dengan skandal rasuah tanah Ijok, krisis air dan pelbagai isu isu rakyat. Pulau Pinang pula diselubungi skandal rasuah Guan Eng, banjir yang lebih seratus kali dan tanah runtuh. Apa lagi harapan yang ada pada DAP dan PKR?
Tiada apa apa harapan pun yang akan dibawa kerana yang dijanji itu semuanya tipu belaka. Bakal Perdana Menteri dia pun sudah mengaku tidak mahu hapus tol dan janji itu bersifat populis sahaja.
Jadi hendak harap apa lagi pada Pakatan Harapan? Jangan percayalah dengan pakatan yang tidak boleh diharap ini.
K7L : Situ cakap lain.. sini cakap lain..
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2018
(520)
-
▼
March
(125)
- Nurul Izzah Undang Campur Tangan Asing Lagi Dalam ...
- Hanipa Maidin Bukti PAN Dan Sekutu DAP Amal Libera...
- Kerajaan Negeri Selangor Cakap "Go To Hell' Kepada...
- Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto R...
- Persempadanan Semula Dibuat Ikut Prinsip Demokrasi...
- 8 Negara Selain Malaysia Perangi Berita Palsu! - K...
- Video - Kerajaan Menyusahkan Rakyat Dengan Urusan ...
- Mangsa Kebakaran Dihalau Oleh Ketua Kampung Lantik...
- Video - Pembongkaran Kes Terowong Di Pulau Pisang?
- Kenapa Kita Perlu Persempadanan Semula? #KN
- Khas Untuk Mereka Yang Tak Faham Proses UNDI SPR Y...
- Malaysia Sebagai Contoh Kepada Negara Islam Lain!
- Video Pembongkaran Dalang Harga Tanah Dan Rumah Na...
- Kes Rasuah : Guan Dapat Banglo Murah, Phang Li Koo...
- Orang DAP Puji Pengangkutan Awam Di Malaysia?
- Mahathir Akui PH Terlalu Banyak Berjanji Yang Belu...
- Pembagunan infra Ini Pernah Dihalang Oleh PKR?
- Video - Lim Guan Luluskan Kilang Papan Haram Di Pu...
- Rafizi Ketakutan Selepas Program PJSR Ini Dilaksan...
- 5 Janji Kepada Orang Muda Jika BN Menang Di Selang...
- Mukhriz Mahathir Penipu Dalam Parti Yang Penuh Hip...
- Mahathir Akan Terjah Ceramah 1MDB Arul Kanda Esok?
- Video - 4.6 Juta Untuk Jalan Basikal - Rakyat Pula...
- RM290 Juta Bagi Projek Tebatan Banjir - Pulau Pina...
- Hayat Parti Bunga Hanya Seminggu Saja Lagi
- #JanjiDitepati - Kenapa Azmin Marah Pasal Rumah Ma...
- Video Yang Buatkan Komtar Bergegar Di Pulau Pisang?
- Kisah Azmin Ali - Kaki Pusing Yang Bukan Anak Jati...
- Taktik Kotor PH Halalkan Dosa Azmin Tentang Krisis...
- Ketua Menteri Pulau Pinang Akan Ditukar Kerana Vid...
- Masalah Air Selangor Akan Selesai Jika Kerajaan Ne...
- Mahathir Mengaku Guna Media Asing Untuk Jatuhkan K...
- Lari Kawasan : Strategi DAP Setelah Tidak Buat Ker...
- Azmin Luluskan Tanah Untuk Tol, Untuk ECRL Azmin L...
- Video - Lim Guan Eng Sentap Sebab Video Ini Terseb...
- Koleksi #JanjiDitepati Yang Mahathir Takut - Aspir...
- Video - Muhyiddin Kecewa Selepas Tengok Video Ini?
- Koleksi #JanjiDitepati Yang Mahathir Takut - Manif...
- RM78 Juta Peruntukan Untuk NGO Laksana Program Wanita
- Azmin Ali Dan Lim Guan Eng Maskot Kegagalan Pakata...
- Sumbangan 1MDB Kepada Rakyat Malaysia Yang Mahathi...
- Part 3 - #JanjiDitepati - Ekonomi Yang Mampan, Din...
- Video - Keadaan Empangan Disahkan Azmin Ada Air 100%?
- Part 2 - #JanjiDitepati - Ekonomi Yang Mampan, Din...
- Part 1 - #JanjiDitepati - Ekonomi Yang Mampan, Din...
- Mahathir Cakap Vs #ManifestoPH - #HarapanPalsu
- Video - Mukhriz Janji 30 Hari Pegang Kuasa Akan Bu...
- Kanak Kanak Pun Dijadikan Mangsa, Kempen Politik K...
- Lepas Gagalkan Memalukan PM Di Australia, Mahathir...
- Gaji Minimum Di Malaysia Nak Berapa Ribu?
- Jumlah Sebenar Duit Yang Telah Dihabiskan Oleh DAP...
- Komen Terbuka Rakyat Kepada @AzminAli - #SuaraHati...
- Malaysian Malaysia : DAP Tidak Pernah Buat Pusinga...
- Parlimen Switzerland Sahkan Duit CHF104 Juta Bukan...
- @DrRaisYatim Kantoi Tak Hafal Rukun Negara? Belaja...
- Mahathir Boikot Australia Sebab PM Australia Tak M...
- Video Tentang Najib Dan Rosmah Yang Tersebar!
- Gerakan 3M Yang Sentiasa Gagal Jatuhkan Najib! #Ke...
- Video - Nga Kor Ming Ceramah Kata Mahathir Pelingk...
- Ayik Isu 1MDB, Pembangkang Sengkek Modal Ke?
- Info Jalan Tutup Hari Ini Sempena PDRM Night Run
- Bukti Manifesto PH Penuh Dengan #HarapanPalsu @myS...
- Video - Azmin Mengamuk Lagi Selepas Video Ini Pula...
- Mahathir Akan Cakap Anwar Tidak Meliwat Pula Selep...
- Duit Di Switzerland Tiada Ada Kena Mengena Dengan ...
- Video - Pendedahan #ManifestoPH Adalah #HarapanPal...
- SPR Dah Sindir Pemfitnah Mereka? - Sampai Bila SPR...
- Agih Kerusi Dan Calon Bagi Selesai Dulu, Baru Umum...
- GST Yang Dikutip - Faham Atau Tidak?
- Azmin, Tunggu Serangan Rakyat Selangor PRU14!
- Isu Air Selangor - Dah Kenalpasti Siapa Yang Bersa...
- Mahathir Cakap Keling - Kini Polis Jadi Mangsa Fit...
- Paras Hutang Negara Tidak Kritikal, Paras Air Tera...
- Pembangkang Sudah Pakat Dengan Media Asing Untuk G...
- Ikut Hasrat PH, Negara Hilang RM416.6 bilion #Hara...
- Bukti Melayu Pemalas Cari Kerja? - Ini Apa?
- #SiaranLangsung - #Bajet2018 Bersama Rakyat - Ini ...
- Video - Azmin Panas Hati Bila Kena Sindir Pasal Ai...
- 7 Bukti Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB Yang Maha...
- Anak Kembar Dalam Kandungan Gugur Sebab Masalah Ai...
- Tahniah @AzminAli - Selangor Kini Juara Masalah Be...
- # HarapanPalsu Jika PPBM Tidak Mampu Jaga Melayu D...
- Pelaburan : Dunia Iktiraf Malaysia Lebih Baik Dari...
- Rakyat Selangor Tidak Mandi, Ini Semua Salah @Azmi...
- Kisah 1MDB dan Jho Low - Khas Buat @DrRaisYatim
- Filem Pendek Anak Muda #DFKL2018 - Buka Mata Rakya...
- #HarapanPalsu - 10 Tahun Janji Tak Tunai Sudah Jan...
- Zairil Cerai Isteri Untuk Kahwin Dyana? - Nawar Pu...
- PKR Tunduk Kepada DAP Penang - Who's The King? #Ha...
- Pendidikan Percuma PH Janji Palsu, Isu 'Recycle'
- Surat Pengundi Batu Caves Kepada Adun Batu Caves Y...
- Brunei Terima Pelaburan China - Kena Jual Jugak?
- Kerajaan Kaji Jumlah BR1M Untuk Rakyat Miskin Bandar
- Ibu Pejabat Barisan Nasional Keluarkan Kenyataan H...
- Agong Sokong Undang-Undang Sekat Berita Palsu!
- Pesanan Syamsul Debat Buat Rakyat Malaysia
- Terbaik! - Tawaran Skim 'Rent-To-Own' Pada Penyewa...
- Fakta Tentang Sarawak Report Yang Perlu Malaysia T...
- 3 Fakta Tentang Jho Low Yang Malaysia Tak Tak Tahu!
- Apa Rahsia Kedudukan Dalam Pakatan Harapan Yang Ma...
-
▼
March
(125)
0 ulasan:
Post a Comment