22/03/2018

Koleksi #JanjiDitepati Yang Mahathir Takut - Manifesto Pendidikan


Kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik dalam aspek pendidikan negara. Ia bagi memastikan anak-anak muda negara mendapat pendidikan berkualiti kerana mereka adalah aset utama negara.


Melalui aspek pemberian biasiswa misalnya, sebanyak RM44 bilion dibelanjakan oleh kerajaan sejak 2009 bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak muda ke peringkat yang lebih tinggi.




Selain pelbagai medium penajaan sedia ada seperti MARA dan JPA, kerajaan turut memperkenalkan Program Biasiswa Nasional pada 2009 untuk pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di pelbagai universiti terkemuka dunia serta tempatan.


Sehinggakan pendidikan bagi Pra Sekolah juga menjadi keutamaan pendidikan sejajar dengan kehendak global. Manfaat pra sekolah percuma telah diterima hampir 200,000 anak-anak masa depan Malaysia.


Usaha memastikan anak-anak kita berada dalam penguasaan lebih daripada satu bahasa maka program dwibahasa diperkenalkan. Ini merupakan janji yang telah ditepati yang mana Kerajaan Barisan Nasional mementingkan pendidikan lebih daripada politik.

 





Barisan Nasional telah berjanji untuk memastikan penambahan sekolah bagi menampung pelajar serta pemfokusan mengikut kawasan. Akhirnya 8 buah telah dibina di kawasan permintaan tinggi.

 



Dan Sekolah Menengah Vokasional telah dinaiktarak menjadi Kolej Vokasional serta kursus TVET untuk mereka yang berkemahiran tinggi. Inilah aspirasi yang tidak diterjemahkan oleh Pembangkang yang lebih rela bayar siaran bolasepak berbanding bercakap soal pendidikan di Malaysia.

K7L : DAP paling jahat...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk