27/03/2018

Pembagunan infra Ini Pernah Dihalang Oleh PKR?



Kerajaan BN sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi mendorong produktiviti dan ekonomi.


Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat.

Bagi manfaat komuniti luar bandar, kami telah membina beribu-ribu kilometer jalan raya, menggali beribu-ribu kilometer untuk memasang paip air, mendirikan beribu-ribu tiang elektrik dan memasang beribu-ribu kilometer talian komunikasi di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, BN berjanji untuk:

  • Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
  • Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah.
  • Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
  • Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
  • Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat.
  • Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
  • Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
  • Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
  • Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
  • Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak.
  • Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.


Setakat ini, kami telah:

  • Memansuhkan tol di Jalan Kuching, Kajang dan Cheras.
  • Mengurangkan kadar tol Plaza Petaling Jaya Selatan 2 di Lebuh Raya Pantai Baru dan Plaza Sunway dan Kemuning di Lebuh Raya Kesas.
  • Membekukan selama 5 tahun kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Lebuh Raya Link Kedua, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu.
  • Memperuntukkan RM18.7 bilion pada 2010-2013 untuk pembangunan infrastruktur luar bandar.



K7L : Inilah BN yang sentiasa bekerja untuk rakyat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk