22/03/2018

Sumbangan 1MDB Kepada Rakyat Malaysia Yang Mahathir Sembunyikan?



Sebenarnya syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memberikan banyak sumbangan kepada rakyat Malaysia. Ia adalah hakikat yang perlu diakui oleh rakyat hatta pembangkang sekali pun.

Namun disebabkan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kebenaran berkenaan telah disembunyikan malah mereka sanggup menjadikan ia sebagai satu publisiti murahan.

Nama 1MDB telah dibusukkan dan dijaja ke seluruh dunia, mujurlah ada pihak-pihak dan pemimpin yang rasional, tidak terpedaya dengan cubaan pembangkang.

Bukan itu sahaja, ia sampai ke tahap mempergunakan media asing walaupun suatu masa lalu pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa dalang asing akan bantu pembangkang untuk jatuhkan kerajaan.

Kenyataan Mahathir itu dibuatnya pada 1999, ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri. Tetapi kini selepas menyertai Pakatan Harapan, rupa-rupanya apa yang beliau katakan itu dilakukannya sendiri.

Mungkin ada yang tidak sedar bahawa 1MDB telah memberikan sumbangan yang banyak kepada pembangunan Malaysia. Ia termasuk projek Bandar Malaysia seluas 202.3 hektar yang bakal menjadi pembangunan paling ikonik di negara ini.

1MDB terlibat dalam pembangunan projek Bandar Malaysia walaupun ditohmah oleh pembangkang dan ia merupakan satu penghargaan kepada syarikat terbabit.

Begitu juga dengan TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) yang kini menjadi tarikan pelabur.

Ketika ini TRX telah menarik pelabur terkemuka antarabangsa iaitu HSBC Malaysia melibatkan pelaburan bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) dan Lendlease yang turut membangunkan Lifestyle Quarters, Mulia International Group yang membangunkan Signature Tower dan Veolia, iaitu syarikat kitar semula bagi sisa kumbahan.

Bak kata Perdana Menteri baru-baru ini, jika London boleh berbangga dengan Canary Wharf, Shanghai pula dengan Pudong, Singapura terkenal dengan Marina Bay, kini tiba masanya Kuala Lumpur berbangga dengan TRX.

Selain itu, Pangkalan Udara Sendayan pula bakal menjadi pusat latihan terbesar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyumbang kepada transformasi utama dalam pembangunan rakyat dan negara.

Kawsan Sendayan yang sebelum ini merupakan kawasan Felda, bakal menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Hasilnya penduduk di kawasan itu akan mengecap kualiti hidup lebih baik dan permintaan terhadap kediaman di kawasan itu akan melonjak naik.

Tidak ketinggalan adalah biasiswa 1MDB. Disebalik tohmahan pembangkang, mereka terlupa bagaimana 1MDB membantu membiayai pengajian anak-anak cemerlang di negara ini.

Tidak ramai yang tahu selain Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), 1MDB turut membantu dari segi menyediakan biasiswa tetapi orang tidak nampak perkara ini.

Apa yang mereka nampak ialah 1MDB kononnya banyak hutang hinggakan namanya diburukkan ke seluruh dunia. Tuduhan itu tidak benar, hanya tohmahan pembangkang semata mata.

Begitu juga dengan program haji yang ditaja oleh Yayasan 1MDB. Setiap tahun seramai 1,200 jemaah haji berpeluang ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka yang terpilih ini adalah terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.

Sejak mula dilaksanakan pada tahun 2011, program yang memasuki tahun kelapan penganjurannya itu telah menghantar seramai 5,711 orang menunaikan ibadah haji.

Program yang bermula dengan 111 orang pada tahun 2011 itu kini telah dapat dipertingkatkan kepada 1,200 orang. Meskipun Mahathir pernah menyifatkan haji yang dilakukan itu sebagai tidak mabrur, namun siapa beliau yang mahu mengeluarkan fatwa berkenaan.

Tidak perlu memainkan peranan untuk menentukan ibadah orang lain sebaliknya apa yang penting lebih ramai jemaah haji berpeluang ke Mekah. Meskipun tidak bersetuju dengan 1MDB dan Najib, Mahathir tidak sepatutnya menghina jemaah haji tajaan 1MDB.

Beliau patut melihat kepada dirinya sendiri. 1MDB juga turut membina semula Masjid Kampung Baru dengan nilai RM20 juta. 

Betullah apa yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, pembangkang mengkritik 1MDB kerana mereka sudah ketandusan idea sedang semua isu-isu yang berbangkit sebelum ini telah dijelaskan.

Apa lagi hendak dikait selepas ini, Duta Besar Malaysia sudah sahkan isu kapal layar hanyalah persepsi. Parlimen di Switzerland sudah dua kali tolak usul kononnya ada duit 1MDB di sana. Akuilah 1MDB banyak membantu rakyat Malaysia termasuklah mengurangkan kadar tarif elektrik di Malaysia. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk