25/03/2018

Hayat Parti Bunga Hanya Seminggu Saja Lagi



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau digelar ramai dengan panggilan Parti Bunga tidak akan bertahan lama. Kemungkinan pada 30 Mac ini hayat Parti Bunga ini sudah berada di penghujung jika ia masih gagal mengikut peruntukan undang-undang pertubuhan.

Parti pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu berdepan dengan pembatalan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana masih gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki jabatan itu dalam masa 30 hari, berkuatkuasa 28 Februari lalu.

Meskipun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi memberikan maklum balas, jabatan itu masih bertimbang rasa dengan memberikan masa yang lebih panjang, iaitu 30 hari.

Malangnya, notis-notis yang dipohon oleh RoS itu masih belum diserahkan oleh pemimpin Parti Bunga. Dengan tempoh hanya seminggu sahaja lagi, maka kelihatan sudah hampir pasti Parti Bunga akan dibatalkan pendaftarannya.

Jika pendaftaran Parti Bunga dibatalkan, siapa yang akan untung? Sudah pasti ada yang akan bersimpati kepada parti berkenaan dan menganggap kerajaan kononnya ada agenda tersembunyi, walhal kesalahan sebenar terletak kepada pemimpin parti itu sendiri.

Sedangkan pemimpin tertingginya iaitu Mahathir, pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun manakala Muhyiddin Yassin pula pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi mustahil kalau mereka tidak tahu tentang peraturan yang ditetapkan ROS ini.

Disebabkan enggan ikut arahan maka mereka menuding jari kepada kerajaan. Apapun bagi Mahathir, beliau tidak kelihatan risau jika pendaftaran Parti Bunga dibatalkan kerana pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pernah menyatakan beliau sedia mempertimbangkan untuk bertanding atas tiket DAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ini.

Bukan kerana beliau mahu bersara dari politik, tetapi kerana sudah bersiap sedia untuk 'menyalin kulitnya' menjadi sebahagian dari darah daging DAP.

Perkara ini tidak mustahil berlaku. Niat Mahathir membuat 'come back' ke arena politik bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Beliau sekadar mahu melihat anak kesayangannya Mukhriz Mahathir berjaya memanjat kuasa di Putrajaya dengan jalan mudah dan pantas.

Jika Mukhriz berjaya di Putrajaya, adakah harapannya untuk membawa pulang trilion ringgit Malaysia seperti yang didakwa di internet sebelum ini, akan tercapai?. Dakwaan berkenaan bukan satu rahsia lagi. Taip sahaja perkataan `harta Mahathir' dalam internet, bersepah isu berkenaan diperkatakan.

Hanya menunggu Mahathir menjawab sahaja persoalan mengenai kekayaan anak-anaknya itu.

Apabila Mahathir bertanding menggunakan logo DAP, maka lenyaplah sudah segala perjuangan dan doktrinisasi Mahathir selama berpuluh tahun dalam UMNO dulu. 

Hilanglah semua kata-kata kecaman beliau terhadap DAP, iaitu satu parti yang dikatakannya sebagai rasis. Hilang sudah dakwaaannya bahawa DAP mahu membina negara sekular di Malaysia.

DAP selepas ini di mata Mahathir adalah sebuah parti paling mulia. Yang pasti, Melayu telah ditipu oleh Mahathir. Beliau hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan DAP.

K7L : Sendiri silap jangan salahkan orang lain..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk