26/03/2018

Mukhriz Mahathir Penipu Dalam Parti Yang Penuh Hipokrasi!



Kenyataan Azrin Zizal yang menyatakan bahawa Mukhriz Mahathir telah mendapat manfaat peribadi daripada  SCL Group untuk PRU13 telah menimbulkan tanda tanya tentang penglibatan Mukhriz dengan syarikat berskandal, Cambridge Analytica. Ini juga telah menimbulkan persoalan sama ada Mukhriz telah menipu rakyat dengan menafikan penglibatan beliau dalam isu tersebut pada 20 Mac yang lalu.

Sebagai Ketua Jentera Kedah semasa PRU 13, adalah tidak mustahil untuk Mukhriz mendapatkan nasihat secara peribadi daripada SCL Group tanpa pengetahuan kepimpinan pusat Barisan Nasional. Ini juga selari dengan kenyataan Azrin bahawa beliau mewakili SCL Group telah memberi nasihat strategi komunikasi kepada Mukhriz secara peribadi  sehingga tahun 2015, termasuk ketika PRU13.

Walaupun isu penggunaan kempen bersasar berdasarkan data bukanlah sesuatu yang baharu sepertimana yang dilakukan Invoke untuk PKR, apa yang lebih mengecewakan adalah tindakan Mukhriz yang seolah-olah menipu rakyat dengan menafikan perkara ini secara bulat-bulat. Penipuan ini juga konsisten dengan kenyataan-kenyataan terkini beliau yang berbaur penipuan seperti menyesali politik perkauman UMNO tatkala PPBM itu sendiri adalah parti berasaskan kaum.

Lebih mengecewakan lagi adalah hipokrasi yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Wan Saiful Wan Jan yang pada mulanya bersungguh-sungguh menyerang Perdana Menteri dan BN apabila isu Cambridge Analytica ini timbul. Namun apabila kenyataan Azrin dikeluarkan, beliau tidak mempersoalkan penglibatan Mukhriz sebaliknya terus menyerang BN. Begitu juga dengan hipokrasi pemimpin-pemimpin muda lain yang senyap apabila skandal kepercayaan ini melibatkan pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Pakatan terbukti hanya mampu menabur janji-janji populis yang bakal meninggalkan beban untuk generasi masa depan, mengeluarkan idea-idea dasar yang cetek untuk rakyat seperti tayangan EPL di RTM serta penuh retorik seperti menjanjikan ratusan ribu pekerjaan tanpa strategi yang terperinci.

Maka dengan itu, mereka hanya menumpukan janji mereka kepada satu isu utama sahaja - sebuah kerajaan dengan pemimpin yang telus, beramanah dan berintegriti. Namun segala penipuan dan hipokrasi yang ditonjolkan mereka berkenaan isu Cambridge Analytica beberapa hari ini menunjukkan bahawa mereka juga tidak mampu mengotakan satu-satunya janji utama mereka ini. Maka jelas terbukti, satu undi untuk Pakatan Harapan adalah satu undi untuk kerajaan yang hipokrit, tidak jujur, cetek idea dan bakal membebankan anak cucu kita dengan beban hutang hasil janji populis semata-mata untuk kuasa.

Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

K7L : Mukhriz mat botol mineral...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk