10/02/2016

YB Paya Jaras Minta Maaf - Rafizi Bila Nak Minta Maaf Pasal Fitnah TH?



Kisah pakai baju menyerupai dewa nampaknya menjadi isu hangat sejak semalam. YB Khairuddin namun telah memohon maaf secara terbuka dengan tindakannya.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu bahawa kostum yang dipakainya itu menyerupai kostum Dewa Cao Guojiu.

Khairuddin mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa beliau telah diberitahu oleh penduduk di Wangsa Permai, Kepong bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina.

“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka,” beliau berkata.

Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadapnya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengecewakan’.

“Tetapi kita tidak merasakan tindakannya bertujuan untuk menentang ajaran atau memperkecilkan Islam,” katanya.

Zawawi kemudian menasihati ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan agama untuk mengelakkan sebarang salah faham

Apapun kita kena respek YB Khairuddin yang cepat minta maaf. Jangan jadi macam Rafizi yang fitnah tabung haji sehingga ramai yang termakan hasutan telah rugi setelah pengumuman bonus TH. 

K7L : Jangan percaya Rafizi dan PKR.. mereka Parti Penipu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk