Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 bagi memastikan ekonomi dan kewangan negara akan tetap kekal berada pada jajaran yang betul.
Langkah pertama – Mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja sebanyak tiga peratus peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Namun caruman majikan akan dikekalkan dan langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga RM8 bilion ringgit setahun.
Langkah kedua – Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8 ribu ringgit sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015. Walaupun kerajaan hilang hasil sebanyak RM350 juta, namun, ia memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475 dan memanfaatkan 2 juta pembayar cukai.
Langkah ketiga – Bagi mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat, kerajaan akan melaksanakan antaranya meliberalisasikan kawalan kuota import atau AP, FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet dengan menawarkan harga jualan 5 – 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran, menambah Kedai Harga Patut dan tindakan undang-undang kepada peniaga tidak beretika.
Langkah keempat – Kerajaan menetapkan semua penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
Langkah kelima – Sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF yang berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja.
Langkah keenam – Beberapa langkah diambil bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil.
Langkah ketujuh – Di atas inisiatif Timbalan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing, kerajaan akan terus memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing, di mana kadar levi hanya akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja. Ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.
Langkah kelapan – Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan.
Langkah kesembilan – Bagi perbelanjaan pembangunan pula, fokus akan diberikan kepada projek dan program yang mendahulukan kepentingan rakyat, serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah.
Langkah kesepuluh – Institusi kewangan pembangunan atau DFI dan dana modal teroka atau VC milik kerajaan, akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak 6 bilion ringgit, dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan atau startup companies.
Langkah kesebelas – GLC disarankan melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, secara berperingkat. Malah, sektor swasta turut disaran melaksanakan perkara yang sama. Perkara ini akan dipantau oleh EPU
K7L : Kena baca apa Kerajaan buat..
Saya ingin menyampaikan kepada
ReplyDeleteseluruh TKI/TKW yang bekerja di negeri orang ,tentang pengalaman saya,,
saya IBU YANI seorang TKW DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang
sempat saya putus asa, apa lagi suami dengan keadaan sakit2tan
dan gaji aku pun buat makansehari2 saja, sedangkan hutang banyak.
Kebetulan saya buka-buka INTERNET mendapatkan
nomor MBAH WASTUH katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya saya coba dan minta
angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
hubungi MBAH WASTUH di nomor ( 0853 7778 4848 ) silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!